Keguguran ❤

HIKMAH KEGUGURAN DALAM ISLAM ? Saya mengingatkan di sini, sekiranya anda keguguran, maka ingatlah Allah selalu yang ini mungkin satu ujian daripada Allah dan pada masa yang sama ia adalah Rahmat Allah yang besar kepada manusia. . Allah tahu, sekiranya anak yang lahir itu tidak sempurna sifatnya, kita pasti akan tidak tertanggung ujian yang Allah beri. Oleh itu, di sebalik tangisan, kekecewaan dan kekesalan, adalah lebih baik berdoa agar diberikan Allah yang lebih baik dan sempurna. . Semakin berat ujian semakin besar pahala dan hikmahnya. Dan semakin tinggi iman seseorang atau sebuah keluarga semakin berat pula ujiannya. . “Demi Allah,” sabda Rasulullah sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Majah, “sesungguhnya janin yang keguguran akan membawa ibunya ke syurga dengan tali pusarnya, jika ibunya itu ikhlas.” . Subhaanallah. Demikian luar biasa pahala dan hikmah keguguran. Jika ujian itu dihadapi dengan ikhlas, sang ibu akan masuk syurga kerananya. Sebuah balasan yang sangat mulia dan mahal nilainya. . . . Janganlah bersedih Pahala menunggu disana ✨

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Semoga sy terus kuat menerima kehilangan 3 org anak syurga..Aamiin💕❤

5y ago

Tq sha..aamiin 💕💕