Pengalaman hb low

Hari tu kongsi pengalaman minum air gula,sekarang rase nak kongsi pasal hb pulak.😬 masa bukak buku hb cantik 11.2 masa tu just ambik folic acid je.bila jumpa misi,misi suruh ambik new obimin lepas sebulan ambik darah hb turun 9.9 lepas tu misi tukar ubat zincofer dan misi suruh makan sayur2,buah2,minum oren atau limau masa minum ubat tu.apa yang misi suruh makan or minum kita buat,misi cakap buat sementara ni jangan minum kopi or tea sebab die boleh menghalang penyerapan ubat tu.lepas tu kena jumpa misi setiap 2 minggu,perjumpaan seterusnya pun still tak naik banyak 10.1 setiap minggu misi bebel kenapa tak naik2 yang kita ni lagi la risau dok fikir macam mane nak naikkan lagi hb ni,rase makan dah macam2 dah.lepas tu kena tukar ubat kali ni makan iron+b complex+vit c kita pun try la makan dengan harapan hb naik la.next datang kk ambik darah tengok result hb naik 10.2 je🤦🏽‍♀️ sabar je laaa.jumpa misi cakap dengan misi saya rasa saya nak ambik iberet la,beli dekat farmasi.misi pun cakap oky,awak try la makan iberet tu.next 2 minggu lepas tu kita jumpa misi tengok result hb alhamdulillah naik jugak hb kali ni😅 11.4,11.7 harap tak turun la sampai bersalin.ubat makan jugak,makanan sampingan yang lain pun kena ambik jugak untuk membantu penyerapan ubat tu.makan buah2,sayur2 memang kena banyak kalau boleh masa makan ubat tu sulam dengan air oren,air pati delima tak pun air limau.kita makan ubat sebelum tidur,sebab bila makan pagi keluar balik😅pastikan kalau makan malam lepas 2 jam baru minum ubat.kalau yang jenis makan ubat pagi lepas 2 jam makan ubat baru sarapan k.semoga dpermudahkan untuk mama2 semua🥰 #pregnancy #1stimemom #pengalaman #firstbaby

2 Balas

saya pun mule turun sikit, lepas amik iberet cek dh naik balik, tapi rse dia tak sedap😭

ouhh..ok2 tq👍😊

Thank you shareee ❤️

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan