Hari ni nak share hidangan kegemaran anak saya. tomyam versi baby. memandangkan Zaara dah 9 bulan dah boleh makan macam2, bahan2 pun dah dipelbagaikan. Sebelum ni dah buat tomyam ayam tapi bahan basic saja. tu pun dah selera dia makan.
Bahan bahan :
Isi ayam
Seekor udang (pastikan anak dah pass udang dan tiada alergik). Boleh ganti dengan protein lain.
1 ulas bawang merah
1 ulaa bawang putih
setengah inci lengkuas
2 helai daun limau purut
sebatang serai
1/4 biji tomato
satu kiub mirepoix @ tomato paste
2 inci capsicum merah ditumbuk lumat
sawi dan carrot (sayur boleh tukar ikut citarasa)
celery
3/4 cawan air
Cara cara :
1. Tumis bawang merah dan putih serta halia hingga naik bau dan bertukar sedikit warna perang.
2. Masukkan capsicum dan tomato paste @ mirepoix sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air, isi ayam, udang,serai, celery, daun limau purut,tomato dan carrot. Biarkan mereneh dan tunggu sehingga carrot empuk .
4. Bila hampir mendidih, masukkan sawi. Masak sekejap sahaja sebb taknak terlebih masak. Boleh skip part ni kalau tak letak sawi.
5. Hidangkan bersama nasi lembik
*Gunakan chopper untuk haluskan isi ayam, udang dan sayuran.
*buang kulit udang sebelum hidang kepada baby. nak masak tanpa kulit pun boleh, tapi saya suka masak sekali dengan kulit udang sebab ada perasa semulajadi.
* dah siap masak, keluarkan bahan yang tidak perlu seperti lengkuas dan serai.
*tomyam baby ni saya dah mula bagi ketika 7 bulan lagi, bezanya tiada serai,udang, tomato,capsicum,lengkuas.