Tomyam campur versi baby 9 bulan

Hari ni nak share hidangan kegemaran anak saya. tomyam versi baby. memandangkan Zaara dah 9 bulan dah boleh makan macam2, bahan2 pun dah dipelbagaikan. Sebelum ni dah buat tomyam ayam tapi bahan basic saja. tu pun dah selera dia makan. Bahan bahan : Isi ayam Seekor udang (pastikan anak dah pass udang dan tiada alergik). Boleh ganti dengan protein lain. 1 ulas bawang merah 1 ulaa bawang putih setengah inci lengkuas 2 helai daun limau purut sebatang serai 1/4 biji tomato satu kiub mirepoix @ tomato paste 2 inci capsicum merah ditumbuk lumat sawi dan carrot (sayur boleh tukar ikut citarasa) celery 3/4 cawan air Cara cara : 1. Tumis bawang merah dan putih serta halia hingga naik bau dan bertukar sedikit warna perang. 2. Masukkan capsicum dan tomato paste @ mirepoix sehingga pecah minyak. 3. Masukkan air, isi ayam, udang,serai, celery, daun limau purut,tomato dan carrot. Biarkan mereneh dan tunggu sehingga carrot empuk . 4. Bila hampir mendidih, masukkan sawi. Masak sekejap sahaja sebb taknak terlebih masak. Boleh skip part ni kalau tak letak sawi. 5. Hidangkan bersama nasi lembik *Gunakan chopper untuk haluskan isi ayam, udang dan sayuran. *buang kulit udang sebelum hidang kepada baby. nak masak tanpa kulit pun boleh, tapi saya suka masak sekali dengan kulit udang sebab ada perasa semulajadi. * dah siap masak, keluarkan bahan yang tidak perlu seperti lengkuas dan serai. *tomyam baby ni saya dah mula bagi ketika 7 bulan lagi, bezanya tiada serai,udang, tomato,capsicum,lengkuas.

Tomyam campur versi baby 9 bulan
2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Super Mum

Musy try! 😍😘

VIP Member

😍👍