Experience 10w
Hari ni dah 10w. Minggu lepas pergi kk sebab doctor nak double confirm balik, sebab first appointment pergi tak nampak jantung. Jadi pergi lagi selasa lepas. Yang terkejut doctor tanya kita “awak ada fibroid eh?” Haa sudah. Saya bukan tahu. So doctor minta refer ke hospital. Tgk scan tu 5cm fibroid tu. Khamis saya pergi, sebab alang2 ada check up gigi. Bila pergi hospital, mereka bg surat kata tak perlu ke sini, hanya ke kk je nanti bulan dpn. Cerita dekat mak, mak bawa pergi private pakar. Bila pergi, pakar kata buat transvaginal sebab 10w better ikut bawah. Sekali masuk je terus dia kata “haa nampak terus fibroid ni. Besarnya 7cm” ☹️ kedudukan tak cantik, sebab dekat bawah area pundi kencing. Baby dkt atas. Tapi bila nampak baby, dia kata elok kejadian. Dah nampak tangan, kaki, ada yolk sack, brain development pun ada. Jantung pun cantik dan time tu baby active. Doctor bagi dengar jantung. Bergerak2 dia macam melambai. Tak tahu nak gambarkan perasaan time tu. 🥺🥹 Cuma bila fikir pasal fibroid ni jadi down. 😔 begitulah pengalaman saya. Mana yang ada pengalaman fibroid boleh share bersama. #firsttimemom #pregnancy