Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
11.7 K following
Puasa or buka?
Hi mommies, first ramadhan saya puasa..tu pun perut berbunyi , sakit apa semua ada la, after berbuka terus penat..pening and sakit kepala.. second day Cuba jgk puasa tpi time ni bangun ja tidur dh mmg terus sakit kepala Dan pening..rasa mcm tknk bangun kabur je..sbb sebelum pregnant dh gastric after pregnant ni gastric makin teruk..patut ke biar je sakit perut mcm senak tu and teruskan puasa..
Tolong bantuu
Hi mommies dah nk masuk 31weeks. Badan makin berat, makin penat, makin malas nk keluar utk buat apa apa. Sakit tulang pelvik, sakit belakang. Asik nk baring je. Ada apa apa motovasi tak moms. 🙂↕️ ada yg sama mcm saya? Atau saya ni overr hmm
pregnant 14weeks
salam nk tny..sejak mlm td rsa cramps bwh perut, klu duduk kt kerusi rsa bdenyut2 bila baring ok sikit tp still rsa cramp..slalunya cramp sbb lpr tp dh mkn pn still rsa cramp n xleh nk tdo dh lps wktu sahur td. sy ada dm type 2 dktr xbg puasa..huhu
Bersalin hospital kerajaan
Saye dari awal mengandung sampai skrng 30w ni buka buku pink kat swasta, if xpernah gi buka buku kat kk. Boleh tak bersalin kat hospital kerajaan? Atau saye kena gi kk. Buka buku pink dalam masa terdekat?
Tolong bg Sy semangat
Minta maaf Sy meluah disini ..Sy dh masuk 30 weeks , first pregnant . Baru kawin genap setahun Feb tahun ni. .. pjj dgn suami. Dia duduk dgn mertua.sebelum pregnant semua nya normal . Tapi selepas Sy disahkan hamil... Semua nya berubah.. . Spnjg hamil ni suami x pernah teman checkup. Kalau dia balik pun sekali je dia ambil cuti 2 hari ...masa awal tahun ni. Minta dia balik untuk teman checkup tapi dia tak teman alasan dia penat Dan dia kata tak perlu dia dtg klinik sbb ramai ibu2 kt sana.. baik dia tido saja di rumah. Stiap bulan dia bg nafkah tapi antara 150-300 selepas dia dapat gaji dia bayar komitmen hutang kereta motor dahulu. Kalau ada baki 150.. 150 lah dia bagi. Ada baki 200. 200 lah dia bagi . Bila saya minta lebih dia cakap tak ada duit dah . Dia kerja hanya shift siang. Kerja malam Memang jarang. Sy minta dia kerja partime malam tambah pendapatan. Tapi dia tak mahu dgn bagi alasan "tiada jiwa nak kerja lain. Saya agak rapat dengan ibu mertua. Selalu contact ws. Bila saya Tanya ibu mertua.. apa suami buat masa dia cuti..sbb suami Memang tak balas atau response chat call saya selalu.. ibu mertua bagi tahu dia hanya tidur seharian . Saya Dan suami jarang contact. Suami pun tak pernah Tanya khbar anak dlm kandungan Dan keadaan diri saya. Sy terkilan Spnjg saya mengidam langsung tak pernah dia ambil tahu. . due date saya pun dia tak ingat.. bila saya Tanya, dia cakap saya tak bagi tahu pun. Saya jadi terdiam. Sedangkan semua orang yg kenal saya tahu Bila due date saya . Sy sangkut Gdm.. ulang alik klinik untuk bsp pun tak pernah dia ambil peduli.. Bila saya Tanya kenapa susah jawab chat saya Dan call . Dia cakap jarang tengok HP sbb banyak kerja. Saya pernah ajak dia berbincang sampai menangis saya 3 jam depan dia tentang masalah ni. Tapi dia hanya diam membatu . Seolah- olah saya ni cakap seorang diri . Saya sebelum ni duduk sewa rumah lain . Bila dah masuk 15 week baru saya pindah duduk smntra dengan mak ayah saya . Saya tak duduk dengan suami di umah mertua sebab umah mertua tak ada bilik yang sesuai untuk kami. . Dan saya Masih ada kontrak kerja yg akan tamat mei nanti . Saya banyak Kali ajak duduk pindah dengan saya Dan kerja dekat pun dia tak mahu. Alasan sama tak minat kerja lain . Saya makin hari jadi makin stress Dan buntu.. barang persiapan baby apa pun saya tak sedia kan lagi .. saya jadi risau bila sampai masa melahirkan nanti. Semua jadi kelam kabut dengan suami yang tak nak ambil peduli .. Family terdekat saya semua bagi nasihat minta sabar, mungkin dia akan berubah bila anak dah lahir nanti . Sekarang dah masuk bulan puasa .. tak ada pun planning Dari dia tentang raya atau pun persiapan raya Dan bersalin . Bila saya minta untuk beli persiapan .. dia hanya cakap nanti tunggu str masuk . Atau tunggu bos bagi duit raya.. Adakah saya seorang isteri yang tidak bersyukur ? Atau semua ni Memang masalah masa hamil sahaja ? Apa patut saya buat . Minta maaf Tanya pendapat .
hello momss
saya dah 31 week sebelum ni mmg bklinik di swasta tapi mau tukar kerajaan , sekali mau tukar kerajaan blg doktor tu sd lambat sbb tak lama lagi baby bump kluar tapi kalau saya beranak kat hospital bayaran mahal ke?🥲
Breech @ 30 weeks
Baby masih dalam kedudukan breech @ 30 weeks tu normal kah? Ada cara kah untuk bagi baby pusing kebawah 🥹 #Needadvice #askmommies #sharing #babybreech
first timemom
boleh bawa breastpump tak masa dekat hospital nanti..
Hb makin drop
Harini check 10.4. Makin drop setiap kali check up. Saya dah x minum tea or kopi. Sayur bayam pun bnyak makan. Ubat zincofer pun makan sebelum tidur. Tapi still drop. Saya auto jadi stress sampai sakit kepala memikir hb ni. Adakah faktor puasa pun sebab hb saya drop? Ce share korang jaga hb mcm mana.
Kepala bayi kecil sedikit
Hi mommies, ada kah sini yang sudah buat scan baby tiba2 doktor cakap kepala bby ada kecil sedikit. Apa sebabnya ya?