Bersalin 38 weeks

Haiii Assalamualaikum mom semua! Saya nak share pengalaman sy bersalin sebagai first mom. ❤️❤️ Saya due 22/11/2023. But Alhamdulillah dah selamat bersalin week 38, tanggal 8/11/2023. Berat baby : 3.16 kg Gender : Boy Saya sebenarnya bercadang nk balik bersalin di kampung. Jadi ceritanya saya kononnya ambil cuti awal 10/11/2023. Sbb nk balik kg 14/11/2023. Selepas deepavali. Jadi pada 5/11/2023 tu sy rasa tk sedap hati, jadi sy ambil cuti awal, last kerja 7/11/2023. Sepanjang mengandung sy mmg aktif kerja, pegi kerja 6.30, balik kerja 8.00 malam naik motor. Jarak tempat kerja dlm 45 minit dr rmh kalau tak jammed. Balik masak2 kemas solat sekejap kt rumah, malamnya sy ikut husband buat grab cari rezeki lebih. Kadang2 sabtu ahad kalau tk ikut husband buat grabfood, sya akan kemas rumah. Pernah sy tolak pindah2 almari baju kayu masa pregnant 37 weeks. Sbb sy tk boleh duduk diam. Nasib baik baby okay. Risau husband waktu tu sbb dia kata dia pun tak larat nk tolak almari tu. Jadi ceritanya, 8/11/2023 sy ada app KK sepatutnya. 6/11/2023 sy terpksa tido di tmpt kerja sebab rumah sy dinaiki air banjir. 7/11/2023 mlm sy balik ke rumah lps hbis kerja, mmg rumah bersepah hbis sbb banjir. Jadi, sy sibuk kemas2 rumah, cuci karpet mop dan sebagainya. Kemas sambil mengalirkan air mata sbb byk jgk brg baby yg rosak. Nasib baij selebihnya dah masuk kereta sbb nk bawa balik kg, so yg lain selamat..tp tilam2 semua basah. Sy trpksa kemas rumah cepat2 sbb nak balik bersalin di kg walaupun dah sarat 38 weeks waktu tu. Husband mmg tk bg kemas dah tp sy trpksa jg kemas sbb nk blik kg, badan mmg dah rasa tk sedap time tu. Jadi, jam 11mlm bru siap kemas separuh, husband suruh sy rehat, trpksa tido beralaskan toto nipis sebb tilam dll semua basah. Tp sy tk lena tido.. Tiba2 jam 12 mcmtu sy rasa sakit gigi termat sangat dan tk boleh tido..sy ulang alik ke dapur cari bunga cengkih utk letak di gigi. Sbb ibu mengandung tk boleh mkn ubat. Masaru sendi2 dah mula sakit2. Jam 1 sy rasa sakit kt perut smpai tk boleh baring. Sy bgn duduk, sy igtkn tu contraction palsu. Jadi sy tahan smpaikan rasa sakit tu berlarutan dlm 5-10 min mcmtu nonstop. Dua kali husband ajak ke hospital, sy tolak sbb tkut kena halau balik. Last sekali jam 5 pg, sy ikut kata husband, sy ke hospital. Kalau kena halau balik, sy balik. Mcmtu la sy kata. Sampai je di hospital, dr check bukaan dah 6cm. Terus request masuk labour room, tp labour room penuh. So tunggu punya tunggu, pkul 7.30 pg dapatla masuk labour room. Alhamdulillah setelah berjuang seketika, lahirlah baby comel pada jam 8.08am. Alhamdulillah sepanjang tempoh mengandung dan melahirkan anak soleh ni, banyak perjuangan dan air mata namun setelah dengar tangisan baby, rasa hilang segala penat lelah selama ni. Moga Allah permudahkan urusan kita semua untuk besarkan anak2 kita semua. Insha Allah. Setelah merasai semua kesakitan dan perjuangan hidup mati, barulah faham kenapa Allah tinggikan darjat seorang ibu. Good job semua ibu2, anda semua memang hebat! #YouareAwesomeMom

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Beautiful journey. 🤍 Congrats, and have a good rest ibu. 🌷