doktor scan cakap macam boy lagi.

Haii min..boleh postkan x... Assalamualaikum momies Macam mana nak positifkan diri bila sedih...saya tengah mengandung anak ke4...weeks 24 Dah ade tiga boy..yang ini doktor scan cakap macam boy lagi...saya rasa macam frust,sedih semua ada..bila tiba2 terpikir mesti asa macam sedih...lagi lagi bila baca orang kata baby boy gerak belah kanan...saya pula memang baby banyak kick belah kanan

100 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

kenapa ya banyak juga ibu yang luah rasa sedih bila nak anak boy tapi dapat girl & begitulah sebaliknya kat dalam portal ni. pada saya sepatutnya kita bersyukur atleast Allah bagi rezeki anak juga tak kisah la walau bukan jantina yang kita harapkan. yang penting cukup sifat, sihat, selamat. terima la pemberian Allah tu seadanya. pasti kelak ada kebaikan anak tu pada kita. anak ni bukan kita boleh pilih atau beli tapi bergantung pada Allah nak bagi. ramai di luar sana yang masih belum ada zuriat walau berusaha bermacam cara. kita yang dikurniakan zuriat ni terima la dengan penuh rasa syukur. jangan nanti Allah tarik nikmat tu baru nak menyesal. kesian la pada anak dalam kandungan. tentu sedih kalau dia tau ibu dia tak selesa dengan kehadiran dia sebab bukan jantina yang diharapkan. terima la dia seadanya sama seperti anak yang lain. dia tak salah. bagi la anak tu peluang hidup gembira macam anak anak yang lain juga. jangan stress just nikmati pemberian Allah tu seadanya pasti kita akan happy walau bukan jantina yang diharapkan. ok apa baby boy ramai esok dorang besar boleh jaga ibu dorang jadi bodyguard bila ayah tak ikut sekali kemana mana 😀.

Baca lagi

Ya Allah puan. Istifar la banyak2 ya. Saya kecewa betul setiap kali orang tak bersyukur dgn rezeki yg tuhan bagi. Asbab tuhan bagi puan Anak lelaki ke perempuan ke ada sebabnya. Lagipun ni Anak ke-4. Rezeki puan subur. Rezeki ada anak2 laki boleh jaga mak ayah Bila besar Nnty. Sedih Anak dalam kandungan Saya da ttc 10tahun tunggu zuriat. Alhamdulilah 2019 tuhan kurniakan zuriat. Lahir2 dah masuk nicu, xsmpai 2minggu jadi Anak syurga. Tuhan pinjam kan sekejap sgt. Sekarang saya masih menanti. Sila la bersyukur puan! Tak semua dapat Rezeki mcm puan

Baca lagi
1y ago

Saya doakan awak dan suami cepat dapat zuriat amin 🥰

klau sy, sy bangga smua lelaki 😂 x tahu lh sy rasa sorang je perempuan dlm family... jdi permaisuri je sbb ramai bodyguard 🤭 bersyukur je wak, ad sbb knpe Allah bgi smua lelaki... setiap kedukaan ada kegembiraan yg hadir... mcm sy teringin nk ank lelaki tapi sy dpt perempuan.. so sy positif kn lah fikiran mungkin Allah nak sy ada kawan kt rmh? nk ada org yg faham perasaan sy? ada org boleh tolong sy bt keje rmh? haaa mne tahu kan? lgi ii sy kerap sakit... sy pernah dpt ank lelaki tpi x lama... Allah tarik balik nikmat tu 🥲 sy syukur je skurang ii nya sy ada jgk zuriat teman sy... ada org lain x dpt zuriat pon, ttc bertahun ii .. kita yg dh dpt ni bljar bersyukur ok ? 😊 positif kn fikiran dan sentiasa bersangka baik dgn Tuhan ye

Baca lagi
2y ago

sama sy pon penah ada keinginan nak baby boy. husband salu ingatkan jgn penah ada keinginan camtu sebab nanti boleh jd kecewa mcm tt ni. Alhamdulillah mmg lahir dpt babygirl. tp rupanya lgi seronok! now dah ade geng shopping, nak melawa, boleh main mekap2 & masak2 😂

klu sya la puan. sya terima semua allah bgi. boy or girl. cukup sifat dan sempurna. ialah sbb ade yg ramai ssh dpt ank..hri2 berharap nak pregnant..nak pregnant.. boy or girl itu rezeki. sy bersyukur. janji sihat sempurna semua nya. alhamdullilah allah kurnia kn jgk sy rezeki nk ade anak.. alhamdullilah jgk dh trimester ketiga..scan pon baby boy. syukur🤲sngat2. tak perlu la puan nk bersedih. klu ank tu tau puan sedih dgr bila hadir nye dia dlm rahim puan. puan sedih sbb jantina dia. dia akn sedih. ank tu pon xtau pe2. sbb tiupan malaikai kecik dlm rahim puan bukan kerja baby. tapi ALLAH S.W.T. Lapangkn dada. terima si kecil tu wlupon jantina boy.

Baca lagi

knp perlu bersedih pd ketentuan Allah.. cuba bawa mengucap tenangkan diri fikir baik².. lelaki ke perempuan sama je x ada beza.. janji didikkan kita pada anak² tu penting.. ramai lg yg teringin anak tp x dapat..awak bersyukurlah masih diberi peluang mengandung.. anak lelaki dia blh jd pelindung kluarga besar nt inshaAllah.. Allah nk uji kita skjp je jgn sampai Allah tarik blk apa yg dia bagi..anak lelaki selamanya syurganya ada pada ibu.. anak perempuan bila nikah dia bkn milik kita lg.. anak perempuan ujian berat untuk kita ibu ayahnya bila dia dh besar.. selagi dia x menikah selagi tu kita risau.. mcm² fitnah dunia blh jd pada dia..

Baca lagi

puan, gender takpenting janji anak sihat. MIL saya semua anak lelaki tp anak lelaki dia semua bagus-bagus termasuk la suami saya. pandai santuni ibu & isteri, rajin tolong, memahami. InshaAllah puan pun membesarkan anak-anak lelaki yg baik & mana tahu nnt dapat cucu girl ke apa masa depan nnt. saya tahu benda lambat lagi tapi MIL saya pun teringin baby girl & alhamdulillah first cucu nnt baby girl. suami pun pernah tanya parents "tak teringin anak perempuan ke dulu" dorang cuma jawab "ni dah ada menantu perempuan, sama je anak ayah jugak". inshaAllah puan anak-anak pun semua jadi org2 yg baik & berjaya

Baca lagi

Ank lelaki atau perempuan xkisah,betol setiap ibu bapa mahukan berpasang2 anak,.percaya pada rezeki allah,jgn sedih2,asbab allah bg puan rezeki ank laki mungkin bole jaga puan bila da tua nanti,kalau kita renungkn,ank perempuan hanyalah kawan semetara,bila sudah dewasa dan matang,same seperti kita,akan dibawak keluarga lain,atau dikawenkn,rindu2 an lar bila berjauhan,dan anak lelaki,tak lepas dari ibu bapa walau sudah berkeluarga,kerana anak lelaki xlepas tanggjwb die sebagai anak,kehidupan xkn sunyi kelak 🤭,saja perkongsian ,pikir y baik2 dan mintak y baik Insyallah semua baik2 dari allah 🫡

Baca lagi

Puan, ingt Allah. Laki ke perempuan ke janji bby sihat itu dh lebih dari segalanya. Puan patut bersyukur bila doktor cakap bby sihat. Bukan sedih semata mata bab jantina. Jangan terlampau fikir nak perempuan sgt2 sampai sedih dgn anak dikandung. Bersyukur kita ni dikurniakan zuriat. Bersyukur kita ni diberikan peluang untuk mengandung. Berapa ramai org nk peluang zuriat sendiri, nk peluang mngandung tp tak dapat. Tp puan sedih hnya disebabkan jantina?? Bukak minda luas luas puan. Bykkan lah ingt Allah, istigfar, . Bukan sedih benda remeh tak masuk akal semata jantina mcm ni.

Baca lagi

Bersyukur awak ya allah jgn ckp mcm ni, anak tu kurnian Allah swt kpd kita xkiralah boy ke girl. Syukur seadanya awak, makcik sy 8 org semua girl branak byk sbb nk boy tp xde syukur je la awak sbb ada ramai lagi pasangan yg nak anak xdpt anak pun. Dah bertahun2 kawen xdpt anak,kalau mereka dpt xkisah la boy ke girl mereka akan bersyukur sgt tau. Nikmat yg Allah kurniakan kpd setiap org tu berbeza, harap awak dpt mensyukuri nikmat yg Allah kurniakan dan boleh didik mereka jadi anak2 yg soleh serta berjaya dunia akhirat menyenangkan kedua ibubapa dikemudian hari nnt 🤲🤲🤲

Baca lagi

Hi sis . Jangan lah kecewa sis banyakkn berdoa untuk dptkn jantina ank perempuan atau lelaki ye .sama2 dgn suami sungguh2 doa nak anak jantina apa . Saya ada dengar mcmtu ..tapi apa pun sis jangan sedih mengeluh bukan apa dekat luar sana banyak lagi isteri2 termasuk saya yg menunggu rezeki mengandung dari Allah swt ..sedih sis walaupun baru nak dekat setahun ttc . Sis dah confirm pregnant ni ya Allah seronoknya dengar . Mohon sis jangan sedih2 ye bersyukur dgn segala rezeki yang Allah bagi . Doakn kami para ttc ni dikurniakn rezeki mengandung ya …Aaaaminnnnnn

Baca lagi