CT Ani profile icon
PlatinumPlatinum

CT Ani, Malaysia

Contributor

About CT Ani

Proud Mom of 1, plus 1 coming soon!

My Orders
Posts(9)
Replies(77)
Articles(0)

Due 14feb belum bersalin lagi...

Assalamualaikum. Siapa yang due 14 Feb dah bersalin? Alhamdulillah dan tahniah diucapkan 🥰💐 Saya masih belum bersalin lagi 😪 Ketika anak pertama, saya elektif czer pada 37 minggu kerana baby songsang. Kali ini Alhamdulillah bakal melahirkan secara vbac. Saya ibu bekerja dan start ambil cuti pada minggu ke 39. Saya ada gdm on diet control. Admit hospital esok jika tiada tanda. Saya berazam kalau boleh taknak kena induce. Sepanjang cuti pelbagai usaha saya dah cuba lakukan. Mak saya hingga risau dan marah kerana saya tak berhenti buat kerja rumah. Takut nanti takda energy katanya 😅Petang hari saya ada berjalan sambil tunggu anak main di playground. Tiap kali waktu nak mandi, lepas solat dan sebelum tidur saya buat senaman seperti jalan itik, squat, cangkung dll yang saya jumpa dan save di tiktok. Ada juga 'bersama' dengan suami untuk tujuan natural induce. Namun itulah, kita hanya merancang.. masih belum keluar tanda yang jelas. Cuma ada keluar mucus plug dan false contraction. Saya sejenis yang senggugut tiap bulan. Dah merasa contraction yang kuat lebih dari sakit senggugut tapi baby buat prank. Sejam, setengah jam, ada jugak 15min hampir nak pergi hospital. Tapi lepas tu saya boleh tertidur hilang sakit dah 😂 Penat juga rasanya ya menunggu kelahiran baby ni.Saya sejenis kurang sabar. Alhamdulillah saya temui hikmah sebab saya tak merasa semua ni masa pregnancy pertama. Mungkin ini juga pelajaran untuk saya bersabar. Akhirnya saya rasa redha kalau kena induce esok. Nikmat kesakitan yang saya tak pernah rasa. Semoga dapat menggugurkan segala dosa2 🥹 Mohon doa ibu ibu semua dan saya juga doakan para ibu yang membaca semoga dipermudahkan dan selamat dalam proses melahirkan 🤲🌹 Tak sabar nak jumpa baby! 🥰

Read more
 profile icon
Write a reply