serah ank luar nikah
Hai, sya dh preg 5 month and hasil dri ank luar nikah.. ada ke sesiapa yg bole sya serahkn n jaga baik2 ank sya ni nnti walaupon ank luar nikah? ?

Hai sis, saya sendiri anak luar nikah. Tinggal dengan keluarga angkat sejak lahir. Keluarga angkat saya sangat baik dan mendidik saya dengan sebaik mungkin. Saya tahu status saya sejak berumur 10 tahun. Tapi saya tak salahkan keluarga angkat saya. Saya teruskan hidup walaupun sakit terima kenyataan. Mungkin pada usia tu berat sangat beban di tanggung sendiri syukurlah keluarga angkat saya penyayang. Keluarga angkat hanya ceritakan status saya beberapa minggu sebelum saya berkahwin. Tapi disebabkan saya dah tahu semuanya, keluarga pula jadi serba salah dengan saya. Pendek cerita penerimaan orang sekeliling tak akan sama. Bila ada kawan-kawan yang tahu saya berbin Abdullah ramai yang menjauhkan diri. Saya selalu dipulau dan dibuli semasa sekolah. Tapi semua saya maafkan. Yang penting keluarga angkat dan diri anak sendiri. Cari family yang betul-betul boleh jaga seperti anak sendiri dan tak bezakan status anak tersebut. Saya percaya, walaupun anak sis dah besar dan tahu status dirinya nanti berbekalkan ilmu agama dan didikan yang betul, anak ini akan faham semuanya tanpa menyalahkan sesiapa. Semoga dipermudahkan urusan sis ye. Aamiin.
Baca lagi
Excited to become a mum