Demam dan selesma ketika hendak melahirkan
Hai . Sy mengandung 39 minggu 5 hari . Skrg sy demam and selesma tpi blum Ada tanda nak keluar . Ada effect x kalau sy sakit and menunggu hari utk melahirkan?

Awak. Saya batuk dengan selesema masa 37w, menunggu hari jugak. Semuanya okay macam biasaa je, tapi masa 37w 4d, baby saya decide untuk tukar position dia jadi songsang, saya rasa sakit perut sebelah kiri yang sakitttt sangat sampai tak boleh bergerak apa pun. Saya ingatkan sebab saya tak makan tengahari, rupanya sakit sebab baby maybe dah terbelit tali pusat. Saya pegi ke KK sebab kebetulan hari tu ada appointment, terus kena refer hospital sebab nurse check ada contraction. Masa kat hospital saya terus kena emergency czer sebab jantung baby dah tak berapa okay. Tiba tiba lahir la anak sulung saya, alhamdulillah sihat, cuma kuning sikit setakat hari ni. Baru keluar hospital semalam ☺️ batuk dengan selesema saya tiba tiba hilang, tapi hari ni lepas 4 hari bersalin, batuk macam nak datang balik pulak. Selesema totally dah hilang. Cuma kalau demam, saya tak pasti. Tapi kalau awak rasa apa apaaaa sakit pun sekarang, kena terus ke hospital yaaa. Sebab baby dah matang, apa sakit pun yang buat awak tak selesa, terus ke hospital.
Baca lagi

