Jarak gugur dgn hamil?

Hai, sy baru keguguran diusia 11w...arini bru hari ke-4. Sy de nk tanya pd siapa2 yg ada pengalaman... 1) berapa lama biasa nya darah lps gugur ni akan kering? 2) period lps gugur akan dtg lbh bnyk dr sebelum atau sama shj? 3) Dan berapa lama tunggu utk dapat kabaran hamil semula?

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

boleh baca penerangan doctor imelda balchin pakar o&g Sudah beratus kali netizen tanya saya soalan ini. Soalan: “Selepas gugur, bila saya patut cuba untuk hamil semula?” Jawapan saya: Bila saya jawab, haaaa anda semua mestilah jangan malas membaca sampai habis naaaaa, jangan suruh saya lukis naaaaa. Jangan sangka saya beri anda ilmu percuma. Hakikatnya ia tidak percuma sebab anda mesti juga meluangkan masa anda dan mesti rajin MEMBACA ilmu yang saya sampaikan sampai habis dan amalkan apa yang saya nasihatkan kepada anda. Rajin membaca dari yang pakar di dalam bidang, barulah dapat secubit ilmu. Jangan jadi makcik bawang yang nak bagi nasihat kepada wanita lain tentang keguguran, tetapi tiada ilmu di dalam bidang ini. Doktor yang bukan pakar di dalam bidang O&G pun kena rujuk pelbagai kes-kes keguguran kepada pakar O&G juga. Doktor pakar O&G pun kena rujuk wanita yang ada masalah perubatan yang nak cuba hamil kepada pakar Maternal & Fetal Medicine seperti saya juga. ——————————————————————— Bila anda patut hamil semula selepas keguguran ini bergantung kepada kesihatan badan individu dan kenapa anda gugur. Jangan pukul sama rata. Jangan cuba bagi nasihat kepada orang lain jika anda bukan doktor perubatan. Apa yang doktor pakar O&G nasihatkan kepada anda, itu hanya nasihat untuk anda sebagai individu, bukan nasihat untuk diberikan kepada orang lain oleh anda. Sebagai contoh: A) Jika anda ada diabetes, jangan cuba hamil sehingga ujian darah HbA1C kurang dari 6.5%. TAK kira laaa berapa lama masa yang anda perlukan, tunggu sampai diabetes terkawal dan HbA1C kurang dari 6.5%. Ada orang yang rajin berusaha dan ambil ubat yang disarankan oleh doktor, maka cepat saja boleh hamil semula. Ada orang yang kata dia tak mahu ambil ubat doktor, dan nak usaha jaga pemakanan sihat tak mahu makan gula dan nak exercise untuk mengurangkan berat badan. Dengan gaya hidup sihat dan exercise saja boleh mengurangkan masalah tetapi mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk mengawal diabetes anda. Jangan lupa bila anda semakin tua, kesuburan juga semakin merosot sebab usia yang lebih tua. Lebih baik ambil ubat DAN amalkan gaya hidup sihat untuk mempercepatkan badan anda mengawal diabetes supaya boleh hamil semula dengan lebih cepat. Ada orang yang tak mau ambil ubat yang doktor cadangkan dan tak reti jaga kesihatan, maka sampai bila-bila pun diabetesnya tak dikawal dan sampai bila-bila pun akan diberi nasihat Jangan hamil. HbA1C yang tinggi itu tanda diabetes tidak dikawal. Jika anda hamil juga, ini boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan pembentukan janin atau kematian bayi. Dapatkan nasihat doktor anda bagaimana nak turunkan HbA1C ke tahap yang sihat. Ambil ubat atas nasihat doktor. Makan makanan sihat dan exercise. Jangan kata tunggu saja 3 bulan, jangan kata tunggu saja 6 bulan, jangan kata tunggu saja 2 tahun, sebab masa itu bukan penyembuh penyakit diabetes. Apa yang penting ialah anda berusaha mencapai HbA1C kurang dari 6.5% melalui ubat atau gaya hidup sihat atau kedua-dua sekali sebelum anda hamil semula. B)Jika anda ada obesity, ini ialah salah satu penyebab keguguran walaupun tiada diabetes. Pertama kali check dulu jika anda juga ada diabetes sebab ramai orang yang obese juga ada diabetes tetapi tak tahu pun ada diabetes. Jika ada diabetes, buat apa yang saya nasihatkan di perenggan A di atas. Kemudian jangan laa cuba hamil sehingga anda kurangkan berat badan yang obese dulu. Makan makanan sihat, suku-suku separuh dan exercise. Tunggu 6 hingga 12 bulan sehingga berat badan lebih sihat sebelum hamil. Ingat ya, sihat bermakna bukan obese. C) Jika anda ada penyakit thyroid yang tidak dikawal, ini juga boleh menyebabkan keguguran. Jumpa doktor anda dan kawal dengan ubat sebelum anda hamil semula. Beritahu doktor yang merawat anda ingin hamil supaya guna ubat yang sesuai untuk kehamilan. Sejurus ia dikawal maka boleh terus hamil. Jangan tinggal ubat semasa hamil. Semasa hamil nanti, dos ubat perlu diubahsesuai untuk kehamilan maka anda perlu jumpa doktor pakar O&G yang ada kelayakan maternal-fetal medicine. D) Jika anda ada penyakit autoimmune seperti SLE, nephritis, rheumatoid arthritis, ini juga penyebab keguguran kerana ada keradangan badan. Penyakit keradangan perlu dikawal dengan ubat immunosuppressant dan perlu dikawal sehingga keradangan itu di tahap paling rendah iaitu di dalam remission. Kemudian remission itu selama 6 bulan sebelum anda hamil semula. Anda perlu jumpa pakar Maternal-Fetal medicine untuk pre-pregnancy counselling dan check up sebelum hamil lagi untuk merancang kehamilan bersama anda dan dipantau oleh pakar maternal-fetal medicine sepanjang kehamilan anda. Doktor pakar O&G juga perlu rujuk anda kepada doktor pakar Maternal & Fetal medicine jika anda hamil dan ada penyakit autoimmune disease. E) Jika anda sudah keguguran 3 kali berturut-turut pada 3 bulan pertama kehamilan, sila jumpa pakar O&G untuk membuat siasatan jika anda ada Polycystic Ovarian Syndrome atau Antiphospholipid syndrome sebab ada ubat-ubatnya untuk mencegah keguguran. F) Jika anda pernah gugur selepas 15 minggu kehamilan atau gugur pada bulan keempat, bulan kelima, atau kelahiran terlalu pramatang bulan keenam dan bulan ketujuh, pastikan anda dirujuk kepada pakar O&G Maternal & Fetal Medicine yang ada kemahiran dan pengalaman di dalam bidang cervical insufficiency atau bidang mencegah kelahiran pramatang. Anda perlu jumpa pakar O&G pada 12 minggu kehamilan, (bukan jumpa pegawai perubatan) untuk usaha MENCEGAH keguguran trimester kedua dari berulang lagi sekali. Selalunya pakar O&G yang tiada cukup pengalaman akan rujuk anda kepada pakar Maternal dan Fetal Medicine untuk usaha mencegah keguguran pada pertengahan kehamilan atau mencegah kelahiran terlalu pramatang. G) Jika anda tiada apa-apa penyakit dan gugur pada 3 bulan pertama, kemungkinan tinggi anda gugur sebab telur yang dipersenyawakan itu tidak boleh membentuk embryo, maka ia gugur. Bukan semua telur wanita itu sempurna dan bukan semua sperma lelaki itu sempurna. Ini bukan sebab makan buah-buahan. Ini bukan sebab exercise atau terlalu lasak. Ini bukan sebab angkat berat-berat. Anda boleh cuba kehamilan semula selepas darah nifas kering. TAK payah pun tunggu 3 bulan ke 6 bulan ke selagi anda sihat, tiada Obesiti, tiada penyakit dan sudah bersedia untuk kehamilan. Ramai orang yang sudah gugur sebab ini boleh mendapat zuriat yang sihat sebab bukan semua telur dan sperma anda ada masalah. Kebanyakannya Insyallah boleh hamil semula dan mendapat zuriat yang sihat. Analoginya ialah seperti pokok mangga. Bila berputik, ada beribu-ribu, ada yang jadi buah ada yang tak jadi, ada yang buahnya gugur, ada yang tak gugur, padahal pokok ini dapat air yang sama, baja yang sama, suhu yang sama, udara yang sama, cahaya yang sama. Jangan kata makan salah atau terlalu lasak laa kena bed rest laaa. Kalau embro jadi maka jadilah dia. Kalau tak boleh jadi, tak jadilah dia. Jangan salahkan diri sendiri dan jangan buat palatau mencari kesalahan orang lain jika anda bukan doktor. Jangan lupa ambil folic acid setiap hari sebelum hamil dan semasa hamil untuk mencegah kecacatan pembentukan tempurung kepala dan tulang belakang janin, iaitu mencegah neural tube defect. Folic acid ialah saranan untuk semua wanita yang nak cuba hamil, tidak kira anda pernah gugur atau tidak. Folic acid ini bukan ubat kesuburan tetapi suplimen yang boleh mencegah kecacatan pembentukan janin. Pantang makan makanan berkhasiat seperti buah, sayur, telur, ayam, seafood selepas gugur tu semua mengarut laaaaa, tak payah lah ikut selagi anda tiada food allergy. Adat berpantang 44 hari selepas gugur tu pun tiada bukti berkesan untuk kesihatan dan tak payah ikut. Tak payah lah menyusahkan diri anda. Mengurut untuk membetulkan kedudukan rahim lagi laaaa mengarut. Tidak ada rahim wanita yang kotor. Produk mencuci rahim dari penjual overclaim tu tak payah beli naaaaa. Produk-Produk overclaim yang bukan saranan doktor-doktor tu semua tinggalkan naaaaa. Apa-apa masalah kesihatan individu, jangan tanya di sini dan jangan PM saya naaaaa. Saya tak buat consultancy perubatan di media sosial dan saya tak kerja di FB. Urusan saya bersama pesakit hanyalah di hospital saya saja. Sila buat appointment berjumpa doktor di klinik. Semua soalan perubatan untuk masalah peribadi yang ditanya di ruang komen akan kena delete terus supaya makcik bawang tak diberikan peluang menyebok bagi jawapan mengarut-ngarut di page saya. Ingat naaaaa, kalau anda bukan doktor, berhentilah memberi nasihat perubatan kepada orang lain sebab anda boleh memudaratkan orang lain dengan diagnosis dan rawatan yang salah dan anda melambatkan orang lain berjumpa dengan doktor perubatan. Jika orang lain tanya anda juga, sila bagi nasihat berjumpa dengan doktor Gynae di klinik. Inilah nasihat yang terbaik. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Professor (Clinical) KPJ University College Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in preterm birth prevention MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Founder of Cervical Insufficiency Society Malaysia Marathon runner

Baca lagi
1y ago

most wc awak😊🫰