120 Balas
Anak saya macam tu jugak payah nak makan. Nak nak kalau makan bubur letak ikan bilis dgan sayur. Dia mkn 1-2 suap je pastu taknak mmg dia tempis. Dia suke bnde2 ad rase manis. Kalau sy buat puree pisang tu mmg suke la dia. Tapi sy buat bukan pisang je. Nak bagi kenyang sikit sy campur kentang rebus dgan cream cheese sikit. Mmg selera dia makan. Kalau buat bubur carrot dia taknak kalau nasi tu bnyak sngat. Sy kene bnyakkan carrot baru dia makan. Kdg smpai pening pikir nk masak style macam mane lagi nak bagi dia selera. Kalau yg dia tak minat tu nak taknak kene buang jugak.
jgn paksa kalau dy x mau mkn cuba resepi lain cm masakn bertumis ... anak sy pon mkn susuh bila kte tumis bawang anak sy tiap kali mkn kne boh ikan bilis klau boh ayam pon kne boh sikit ikan bilis.. klau boh ayam je dy x mau mkn . klau boleh hari2 tuka menu jgn hari2 mkn benda sme je dy pon jmu .. 2 hari sekali ke tuka menu.. bgi je dy mkn apa yg kita mkn macam sy bt masak lemak sblum boh garam sy ambik kuah masak lemak tu tambah sayor n ayam ke ikan masak sekali nasi dy ... so dy mkn masak lemak kte pon mkn masak lemak beza x de perasa je
samalah anak saya harini alhamdulillah genap 7 bulan.. mmg susah juga nak makan, time gelak or main toys nak masuk mulut bukan main besar die buka mulut, tapi nak suap bubur mmg ttp rapat, sengih pon smbil ttp mulut. yang saya perasan die suka kunyah guna gusi jari kita, so maybe xsuka menda lembik, pastu saya pon cuba letak bubur kat mknn org dewasa ( cth karipap mini) buat² konon nak suap karipap tula..baru die buka mulut time tula sua bubur ( hahha mcm tertipu la ) tp bile masuk mulut die telan la jugak pelan2...
anak saya 7 bulan juga...ikut mood dia juga kadang2... kadang banyak makan, kadang tak...tapi saya set untuk umur dia ni sekurangnya 5-7 sudu dia makan. Ada juga dia makan sikit, dia sendawa...itupun saya stop juga. sbb mgk perut baby pun masih kecilkan. dan satu lagi cara...bagi je kerap makan walaupun sikit. macam saya dalam sehari tu at least 5 sesi dia makan. saya betul2 ikut panduan jadual makan dalam rekod kesihatan anak.
biasa kalau baby 7bulan dah boleh tukarkan tukture . jangan selalu beri dia bubur sahaja , boleh gantikan martabak nasi , pasta , spaggheti . utk bubur pulak boleh buat bubur ayam buttermilk , pelbagaikan dri yg biasa . kalau saya memang akan tukarkan macam2 . sbb baby baru nak kenal and belajar minat dgn benda2/ makanan baru . kalau pasta beli yg wrna warni pastikan yg bebas garam , gula , pewarna . beri dia pegang sdiri nnti slow2 baby akan minat and teruja bila nak makan . mummy boleh cuba ye !
Saya tak pernah bg bb bubur .. Saya masak nasi macam biasa pastu ambil 2 sudu besar nasi n blend 6months Saya blend nasi + campur FM 2 Sudu kecil habis makan.. lepas seminggu Dan kini baby masuk 7 bulan still blend nasi + bilis + labu.. pastu setiap Hari bertukar rasa makan ayam ikan dan any sayur so far alhamdulillah makan habis... so far berak @ tahi baby pun still lembut Dan takbasa sembelit..cubalah nnt..
pesanan paling penting.. jgn paksa ank mkn ya sis.. bawa DIA main pujuk DIA spya ttarik ntk mkn.. nnti ank stress klu Di pksa.. ubah style bubur DIA klu boleh tmbh sayur2 sosej.. tk perlu risau Sgt. yg penting myusu DIA MC kuat.. Cuba tmbh nestum dkt Susu DIA sis 😁
oat tambah susu formula bole tak?
Cuba puan letak santan dalam bubur dia. Santan dia Ada rasa lemak2.. anak saya pon masuk 7 bulan dia mcm xberapa nak makan. Saya pelbagai kan puree dia. Saya Cuba letak santan sbgai perasa dia.. santan original.. Alhamdulillah, 2 senduk bulat tu dia habis makan.. siap minta nak lagi.. 🥰 puan boleh Cuba.. klau resepi saya. Nasi yang dah di masak + isi ikan yang dah direbus + carrot + pakchoi + santan. Blend semua n masak atas dapur Sampai dia jadi puree.
Anak saya pun 7 bulan lebih dah start tak nak mkn sgt. Bila nak suapkan makanan dia tak nak bukak mulut. Bagi buah guna feeder pun dia mkn sikit je. Lepas tu saya belikan teething biscuit baru dia nak mkn. Rupanya gatal gusi. So dia dah tak suka soft food lagi dah
jangan tunggu anak ada gigi baru tukar makanan bertesture , atau makanan keras . sbb baby menguyah bukan guna gigi sebaliknya gusi mummy !
Puan cuba buat kiub perasa utk baby sebb baby dh 7 bulan kn dh blh menumis puan buat CFS (chicken feet stock) pastu buat tomato paste dan juga mirepox ank saya msa 6 bulan saya mcm nak nangis juga sebab makan sikit je lepas saya buat perisa2 utk baby ni alhamdulillah baby makan baby saya dah 7 bulan 3 hari mmg wangi bila campur pwrasa ni smua dalam bubur try lah puan. Saya cadangkanPuan join Group (HBFM) Happy Baby Food Malaysia di FB
Anonymous