anak pertama

Hai... Saya melahirkan anak sulung.. Bayi saya berusia sebulan. Kami baru bersama baru seminggu lebih. Ini kerana saya kena tahan di ward selama 18 hari untuk masukkan antibiotik. Sekarang susu badan saya tiada.. Anak saya minum susu formula.. Saya ada beberapa soalan 1- macam mana nak bagi susu badan ada. Ada sebarang petua atau amalan pemakanan y boleh bagi susu badan ada. 2- adakah normal air liur bayi pekat bila minum susu formula. 3-kerap minum susu.. Setiap 2jam akan mintak susu sebanyak 60ml.adakah normal bayi berumur sebulan.

20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Btw, buanglah mindset nak shortcut dalam menyusu badan ni. TAK ADA SEJENIS MAKANAN OR MINUMAN YG MMG MENAMBAHKAN SUSU BADAN SEBENARNYA. BF tak semudah makan itu minum ini susu akan bertambah selagi mana konsep asas bf ni kita tak fahamkan. Konsep BF ialah bila badan ibu TERIMA RANSANGAN barulah hormon susu akan dihasilkan dgn lebih byk. Sbb th xleh nak tnggu2, nak tngfu rasa berat bru nak offer anak hisap, nak tnggu nampak susu menitis bru offer. Ini semua pemikiran yg silap & mengganggu bf journey itu sendiri. BF ialah 90% mencari ilmu penyusuan yf betul dan 10% usaha menyusukan dgn kerap. 😊 Maka ibu galilah ilmu2 BF YANG BETUL dgn sebaiknya. Jgn terikut ilmu yg salah plak ya. Boleh join Happy Breastfeeding Malaysia di FB group tu ilmu dn kelas bf daripada certified BF Counselor

Baca lagi
VIP Member

Susu badan bukan tak ada. Cuma sebab lewat payudara diransang (dari pam atau hisapan bayi) maka badan ibu tak terima signal utk hasilkan susu. Jgn fikir sgt bab susu ada ke x sekarang ni. yg utama ialah ibu MULAKAN PENYUSUAN secepatnya. Offer anak utk hisap payudara awak, tanya nurse laktasi (bukan nurse biasa ya) adakah posisi dan cara baby latch payudara tu betul. Or tgk Youtube how to deep latch baby. Susu badan akan slowly ada dan bertambah banyak BERGANTUNG KPDA BERAPA KERAP AWAK OFFER anak. Sbb tu kita sntiasa tekankan susukan anak setiap satu jam, supaya badan ibu diransang maka otak ibu akan trima signal buat susu. Barulah otak keep hasilkan hormon utk produce susu tu

Baca lagi

sy dlu mnom min kaffe.. bkn nk laku kan produk.. sy je xjual produk tu.. tp mmg ok min kaffe tu..dlu sy smpai bengkak susu sbb trlalu bnyk susu., smpai basah sume baju., air susu kluar je., sy pump pon dpt bnyk susu., mmg bgs min kaffe tu sy mnom mse ngndong jgk., sbb nk naikkn hB., sbb hb sy low., sy mnom tu hb cantik je., sy nk rekemen min kaffe pon mcm tkot jgk sbb ade org xnk amek risiko pape., tp sy ok je.. rmai jgk yg mnom ok., mnom min kaffe tu pon bgus untuk trun kn berat bdn..,😊

Baca lagi

Sis try urut payudara sis.. N try mkn lobak putih.. Minum air rebusan mata kucing.. Dan kerap bg bby isap puting sis.. In sya allah.. Ada rzki bby nnty.. Cume kne rajin try sllu.. Klau bby kerap kncing.. N berat nye naik mcm biase.. Rse nye tiada mslh.. Cume mgkin bole jarak kn jauh sikit.. 3 jam or 4 jam skli.. Sbb susu formula pekat n bole bg bby knyang..jdi sis kne jarak kn at list 4 jam skli..

Baca lagi

Beli breast pump yg ada massage tu. Dia akan stimulate breast kita untuk hasilkan susu. Sebab awk kene admit ward kan. Kalau baby ada suruh dia hisap walaupun tak keluar susu. Urut2 breast kita, dalam youtube ada cara urutan untuk lancarkan susu badan. Keep positive mindset ye dear. Doa & tawakkal. InshaAllah. Moga awk dipermudahkan segalanya. Aaminn. 🌹💕

Baca lagi

Allahu sis dah sebulan ke? Sy dh 5 hari skrg melahirkan. Baby dekat nicu. Esok baru discharge. Sy pump tiap hari susu. Sakit bengkak susu tu. Kalau pam tiap hari, in sha Allah ada susu. Mkn kurma, minum susu jgn lupa. Sy minum susu dutch lady tiap hari. Jd milk booster. Alhamdulillah. Susu banyak.

sis.. anak sy pown lepas bersalin trus msuk nicu sbb jangkitan kuman.. hari 1st susu banyak sgt smpai bengkak.. tpi sebab baby xde.. susu mkin kurang..nurse sruh beli ubat dkt farmasi .ubat tambahkn susu badan..mmg mnjadi..sy makan skali jaa..xsmpai 3-4jam susu bdn dh byk..

5y ago

Klu hospital, dorg akn bg domperidone utk boost air susu bdn. Tp mst kena prescribe oleh doktor sbb asalnya domperidone ni dgunakan utk mngubati sakit perut. Tp, doktor slalu bgtau, klu ank xmnyusu dr bdn, kena keep pump susu spy air susu xkurang

1. Makan makanan natural milk booster - lobak putih, kurma, oat 2. Berurut - ada urut untuk keluarkan susu dan tambahkan susu (saya panggil org urut) 3. Power pump 4. Sis sekarang bagi anak berapa scoop? Mcm saya time anak nak masuk 2 bulan dia dah start minum 3 oz

Baca lagi
VIP Member

1st cuba cari milk booster ,makan lobak putih,salmon dan lada hitam serta bilis. 2nd air liur pekat tu normal. 3rd ikut sukatan pd paket susu formula. untuk baby sebulan usually 2onz or 60ml.

VIP Member

Minum air longan cina sis. Rebus longan kering. Campur gula sikit kalau nak manis. Kat shopee ada. InshaAllah susu byk. Sedap pun sedap. Sy nak dkt setiap hari buat. Sebab sedap 😂

4y ago

Longan kering? Minum setiap hari ka sis? Sbb sy susu badan kurang juga..