Tajuk : Hamil anak luar nikah

Hai saya ingin bertanya. Sekarang saya hamil 24weeks, dan baru berkahwin bulan 8 ...tidak sedar selama ni saya tengah pregnant. Masih Bolehkah saya letak bin/binti ayahnya? Dan memang sya berkahwin dengan org yg benar. Terima kasih

22 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi sis, maaf tapi saya pun lahir sebagai anak luar nikah.. byk sgt conflict pasal bin.. dri kecik mcm biasa je bin bapa sendiri.. masuk darjah 6 kena buat ic start mcm2 mslh timbul.. kalau ikut hukum mmg tak boleh bin bapa walaupun itu bapa kandung.. mesti ber bin kan dgn nama2 Allah yg 99.. sy anak perempuan, so struggle dgn bin yg bertukar2 mmg Allah je tahu.. sedih sgt rasa.. mula2 tu ic saya langsung tkd bin.. tapi family sebelah ibu faham agama dn mereka bertegas utk bin kan dgn nama2 pilihan yg ada.. bukan bin bapa saya.. sbelah ayah tak boleh terima katanya malu kan keturunan takde bin bapa sendiri.. apapun sy dh lepas semua tu dn sy redha dgn semuanya.. adapun yg sy kenal sama mslh mcm sy nama bapa dlm ic tpi dia tkkn boleh letak bin/binti bapa dia tu.. contoh:- syasya muhammad taib.. tiada bin / binti dlm ic nya.. tapi ikut hukum salah dan berdosa mcmtu.. tak boleh.. apapun awak pergi rujuk pejabat agama ya.. kena kuat smngat jumpa org2 pejabat yg kdang mulut kepoh ni.. sy dn ibu dh lalui semua tu 🥲 mmg pedih.. tapi awk kena standby ya.. stay strong sis ❤️❤️❤️

Baca lagi
7mo ago

Itu bukanlah masalah menurut lojik fikiran. Di luar nikah, sekiranya di uji DNA bapanya siapa. Bahkan sama dengan DNA bapa yang telah sah kini. Keluhuran itu yang perlu pada harus dan ada. Islam mahupun bukan Islam sama saja. Apatah lagi, yang beragama Kristian. Itu lebih kurang juga. Hanya saja, biarkanlah semua itu. Yang penting ialah siapa DNA anda saat ini. Dan apakah ia ialah ayahmu yang ada saat ini? Gimana pula pada yang mengambil anak angkat itu? Halal atau manusiakah yang mempunyai zuriat di anak angkatkan itu? Demi sains dan teknologi. Zaman dulu juga percaya ada makhluk asing. Itu kerana belum punya teknologi. Bandingkan zaman sekarang. Usahlah kerana kepercayaan dulu zaman nabi itu masih belum ada naik taraf sama sekali. Apa yang selalu di azankan setiap selepas sembahyang? Bukankah Bismillah Rahman Irahim? Beri tunjuk ajar kepada saya

Hai sis, ini sekadar pendapat saya. Seeloknya anak luar nikah jangan diletakkan bin ayahnya walau boleh sekalipun, takut terjadi konflik di masa akan datang. Contohnya anak luar nikah adalah lelaki kemudian sis mengandung lagi dapat pula anak perempuan dan rahsia anak cuma suami dan sis sahaja yg tahu. Andaikata ajal sis dan suami yg dtang dulu, kemudian anak perempuan sis pula nak menikah abgnya pula yg walikan bukankah perkahwinan anak sis tidak sah. Anak luar nikah bernasabkan ibunya, tidak boleh di faraidkan harta ayahnya. Jangan difikirkan kata orang, fikirkan hidup di kemudian hari. Setiap org ada kesalahan, perbaiki lah sekarang, jangan ditambah masalah mendatang.

Baca lagi
7mo ago

nama pun anak luar nikah, anak hasil zina. anak yg terhasil sebelum bernikah bernasabkan ibunya sahaja. Kalau tak nak berbinkan Abdullah atau 99 nama Allah lain kali jangan bertuhankan nafsu. Bila dah jadi tahu pula malu nak berbinkan ayah biologi, sedangkan kalau anak itu perempuan dia boleh berkahwin dengan ayah biologinya kalau ayahnya itu tak berkahwin dengan ibunya. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

Kalau kelahiran bayi selepas 6 bulan pernikahan ibu dan ayah maka dibolehkan berbin/binti nama ayah tapi jika lahir kurang 6 bulan dari perkahwinan ibu dan ayah maka bayi tersebut perlu berbin/binti 99 nama Allah.. ini apa yg dijelaskan dalam portal JPN.. walaupun menggunakan 99 nama Allah namun maklumat bapa kandung tetap ada dalam sijil lahir anak cuma tak boleh dinasabkan pada bapanya sahaja..

Baca lagi

x pasti sis . sy sini, tggl sabah. ad kwn sy pregnant dh 30w, bru nikah sbb husb dia tu bru convert agama.. bila ank lahir, sy tnya la dia mcm mna dgn nasab. jpn letak jugak nama bapa sekali dgn nama ank tu, tapi janji baby tu lelaki la, klw ppuan mmg x.. and im not sure klw smua pndftaran mcm ni, cumanya xda BIN . nama anak sekali trus + nama bapa . 😄

Baca lagi

maaf awak, saya nak tanya.. macam mana awk tak sedar awak pregnant selama 24w? berat badan awak tak naik ke selama 24w tu? awak tak ada alahan ke macam muntah atau tak suka bau sesetengah makanan ke? payudara awak tak berubah bentuk ke? n perut awak tak buncit walaupun sikit ke? awk period irregular ke?

Baca lagi

Itu pada saya. Baguslah. Kerana kebertanggungjawap oleh si lelaki. Taklah si anak di kemudian hari, terasa hatinya kelak. Kerana setiap manusia itu nawaitu untuk mengetahui asal usul berlaku. Siapa dirinya seadanya seawal di hari dia menginjak dewasa remaja. Kerana intuisi ingin tahu itu.

Tak boleh rasanya ., sbb saya pergi jpn dorang suruh letak bin nama Allah99 ., tapi bile anak da setahun lebih ., saya pergi tukar nama ., nama dy sahaja ., takde bin apa apa ., maklumat bapa masih ade ., cuma ade note dibwh sijil lahir ( pembetulan maklumat) ., tapi saya anak lelaki .,

Hai saya nk tanya soalan yg berkaitan jugak . Saya pun baru bersalin 3 bulan lepas anak luar nikah , saya tak letak binti lansung untuk anak saya tkpe ke ? Tapi untuk maklumat bapa ada . Haritu JPN bgithu tkpe takde mslh . Ada masalah dari segi agama atau tidak ye ?

Kalau boleh sekalipun dia tetap bernasabkan ibu iya. Apa harta si ayah tak boleh dipusaka kan dan ayahnya juga tidak boleh menjadi wali kpd dia. Sekiranya perkara tersebut tidak diberitahu, perkahwinan anak nanti tidak sah/makan harta pusaka bahagian org lain.

Hai awak.. Boleh tengok ceramah uai pasal isu anak berbin kan bapa, nak lebih tepat rujuk pejabat agama.. Jangan takut, hati kena keras bila pergi pej agama, biasalah ada ja mulut2 yang mcm makcik bawang.. Semoga dipermudahkan ya😍