Tajuk : Hamil anak luar nikah
Hai saya ingin bertanya. Sekarang saya hamil 24weeks, dan baru berkahwin bulan 8 ...tidak sedar selama ni saya tengah pregnant. Masih Bolehkah saya letak bin/binti ayahnya? Dan memang sya berkahwin dengan org yg benar. Terima kasih

Hai sis, ini sekadar pendapat saya. Seeloknya anak luar nikah jangan diletakkan bin ayahnya walau boleh sekalipun, takut terjadi konflik di masa akan datang. Contohnya anak luar nikah adalah lelaki kemudian sis mengandung lagi dapat pula anak perempuan dan rahsia anak cuma suami dan sis sahaja yg tahu. Andaikata ajal sis dan suami yg dtang dulu, kemudian anak perempuan sis pula nak menikah abgnya pula yg walikan bukankah perkahwinan anak sis tidak sah. Anak luar nikah bernasabkan ibunya, tidak boleh di faraidkan harta ayahnya. Jangan difikirkan kata orang, fikirkan hidup di kemudian hari. Setiap org ada kesalahan, perbaiki lah sekarang, jangan ditambah masalah mendatang.
Baca lagi

