Tajuk : Hamil anak luar nikah

Hai saya ingin bertanya. Sekarang saya hamil 24weeks, dan baru berkahwin bulan 8 ...tidak sedar selama ni saya tengah pregnant. Masih Bolehkah saya letak bin/binti ayahnya? Dan memang sya berkahwin dengan org yg benar. Terima kasih

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Kalau kelahiran bayi selepas 6 bulan pernikahan ibu dan ayah maka dibolehkan berbin/binti nama ayah tapi jika lahir kurang 6 bulan dari perkahwinan ibu dan ayah maka bayi tersebut perlu berbin/binti 99 nama Allah.. ini apa yg dijelaskan dalam portal JPN.. walaupun menggunakan 99 nama Allah namun maklumat bapa kandung tetap ada dalam sijil lahir anak cuma tak boleh dinasabkan pada bapanya sahaja..

Baca lagi