Saja meluah

Hai. Saya 5 bulan pregnant. Dan skrg tengah malam saya tengah menangis. Sebabnya suami saya tengah duduk luar main game ignore saya. Sakit betul hati. Bangun tengah hari lepastu tak tolong buat kerja rumah. Kalau mintak tlg alasan penat. Habis, saya pun penat. Saya kerja jugak. Bangun pagi, buat kerja sambil buat kerja rumah. Boleh je. Hati terguris sikit bila dia persoal kenapa dah tak masak macam dulu. Saya benci sikap dia skrg ni. Seolah tak faham saya. Tak sedar ke dia bini tgh mengandung? Tak elok ganggu mental saya macam ni.

23 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sama laa sis, suami kaki game jugak, game pc yg streaming pastu gelak sakan dgn member2 game tu, kita ni mcm tunggul pulak kat rumah . Saya senang je, kerja rumah bahagi2 terus, kalau baju, dia basuh saya jemur lipat. Kalau dia xbasuh sbb bz main game, longgok ah kat situ sampai jadi gunung, last2 dia xde baju nak pakai saya cakap lahh dah awak xbasuh, xde laa baju. Basuh mesin je pun, saja nak suruh take part buat kerja rumah. Masak pun sama, kalau dia tak tolong jaga anak, saya tak masak lah, kalau dia tanya saya jawab nak masak mcm mana anak xde org jaga, awak kan bz. Kdg2, dia tgh main game, saya mengaji quran kat sebelah dia, baca kuat2. Entah laa susah nak ckp org laki ni, bila byk main game jadi tak matang. Dah byk kali slow talk, seminggu reda, pastu main balik. Penah jugak, geram sgt saya cabut je plug pc dia tgh main game. Kdg2 tu ada jugak saya layankan je, tgk dia main game, buat2 mcm berminat dgn game dia, siap buatkan air, bagi hadiah gaming chair, kiranya kita sokong hobi dia as long as dia xmelampau, yg ni pun kdg2 berkesan gak, dia hargai laa kita sbb kita hargai hobi dia. Setakat ni yg saya dpt rumus, kene ada cara kasar & cara lembut. Kalau kasar je selalu, bebel je selalu dia akan makin menjadi2 sbb nak tunjuk ego dia. Kalau tak tegur pulak kang nanti dia lupa pulak yg kita ni wujud. Entah lah, kdg2 sy fikir, takpe lah selagi dia tak hisap dadah tu kira xpe lah, saja nak sedapkan hati

Baca lagi
2y ago

Agree dgn comment sis. Kita sbg isteri kena berani bersuara juga jgn ikut saja si suami bulat2.. Sy totally agree bab kemas n memasak tu n uruskan rumah tangga. It takes 2 to work out. Kalau kita saja buat, nnt die naik lemak, ingat kita nie kuli die pula... Sebenarnye si suami nie tau buat keje rumah tp disebabkan dorg tau si isteri yg akan buat semua diorg pun buat dont know je la n lepaskan kt atas isteri. Anyway sis, keep it up. U r great!