Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik

Hai pengguna yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai penyakit kulit atau EKZEMA yang sering dialami oleh bayi. Dr Nirmala Ponnuthurai merupakan Pakar Dermatologi Pediatrik dalam bahagian masalah kulit yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Khamis, 18 Jun 2020 pada pukul 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan masalah kulit atau EKZEMA sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi doc, ank sy kini berumur 2bulan 2minggu.. Sy ingin bertanya cream apakah yg baik utk kulit bayi yg sensetive? Adakah cetaphill lotion blh diletakkan pada muka bayi?? Dan apa kah ubat organic yg doc boleh sarankan?tanpa sebarang steroid.

5y ago

Hi Venny, Ya cetaphil sesuai dipakai di muka bayi. Ada berbagai jenis krim dipasaran untuk kulit sensitive tetapi dengan harga berlainan. Secara am pilih krim yang tiada campuran perfume, pewarna dan bahan kimia . Campuran krim yang mengandungi ceradan amat membantu untuk melembapkan kulit seperti "O Cera". Untuk rawatan ekzema yang tidak mengandungi steroid boleh cuba Atopiclair