Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik

Hai pengguna yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai penyakit kulit atau EKZEMA yang sering dialami oleh bayi. Dr Nirmala Ponnuthurai merupakan Pakar Dermatologi Pediatrik dalam bahagian masalah kulit yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Khamis, 18 Jun 2020 pada pukul 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan masalah kulit atau EKZEMA sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doctor.. Anak saya 3 tahun 5 bulan, skrg mengalami kulit kering yg teruk pada bahagian belakang lutut, pergelangan tangan dan leher yg kelihatan seperti kulit melepuh dan kudis.. Boleh saya tahu bagaimana ntuk memgatasi masalah ini ataupun apa2 rutin yg boleh membantu or even any recommended skin care that are suitable for kids.. Thanks..

Baca lagi
5y ago

Hai Fatin, Daripada deskripsi mungkin anak ada ekzema. Ia boleh dirawat dengan ubatan sapu. Jumpa doktor untuk dapatkan krim antiradang dan pelembap harus sentiasa di sapu