Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik

Hai pengguna yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai penyakit kulit atau EKZEMA yang sering dialami oleh bayi. Dr Nirmala Ponnuthurai merupakan Pakar Dermatologi Pediatrik dalam bahagian masalah kulit yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Pakar kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Khamis, 18 Jun 2020 pada pukul 11 pagi. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan masalah kulit atau EKZEMA sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr Nirmala Ponnuthurai, Pakar Dermatologi Pediatrik
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Dr, Anak saya baru berusia 35hari, mukanya naik ruam begini dan ada tompok seperti panau. Dan kulitnya menjadi kasar. Adakah ini eczema ataupun hanya ruam susu? Saya hanya menyapu ruam nya dengan minyak kelapa dara. Adakah elok untuk bayi disapu dengan minyak kelapa dara? Bagaimana cara untuk kurangkan ruam nya ini? Terima kasih, Dr.

Baca lagi
Post reply image
5y ago

Hai, Ia mungkin ruam susu biasa. Setiap kali selepas menyusu lap pipi dangan kain basah bersih dan sapu pelembab pada muka