tips naikkan berat badan bayi
Hai, nak tanya macam mana nak naikkan berat badan bayi umur 11bulan ya? Dia susah untuk makan. Kalau dia makan cuma 4-5 suapan. Kemudian dia akan palingkan muka bila ibu nak suap. Kalau dipaksa, dia menangis dan mula hempas badan? nanti nak checkup setahun, ibu tak nak nurse marah bmi garisan kuning?? abahnya selalu tanya banyak atau tidak anaknya makan. bila tipu rasa berdosa tapi bila jujur yang anaknya makan sikit, ibu yang dipersoal. Ibu macam nak stres bila anak tak mahu makan. Risau dia lapar tapi dia tak nak makan?
Mama OJ and Baby T