Risau....

Hai mumy.. Just nk luahkan rasa.. Sy gandung 18week.. Sy ade darah tinggi.. Dgn minggu lps ade minum air gula.. Dn arini dpt tahu ade kencing manis pulak.. N nti ari khamis ni kene ambik darah 4 kali sehari.. Pukul 8am-10am-2pm-8pm.. Emmm. Risau nya... Gandung yg ni dpt kencing manis pulak... Takut la.. Sbb dh ade darah tinggi, dapat kencing manis pulak.. ????

23 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Saya amat bersimpati dan faham tentang kebimbangan puan terhadap masalah yang berlaku ketika kehamilan ini. Namun begitu, puan tidak perlu berasa terlalu risau dan takut. Kehamilan sememangnya menyebabkan seorang wanita berisiko untuk mendapat masalah penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Walaupun penyakit ini boleh menyebabkan komplikasi terhadap kehamilan, anda tidak perlu terlalu runsing. Patuhi rawatan yang disarankan doktor serta sentiasa datang untuk temujanji pemantauan dan ujian darah. Anda juga perlu mengawal pemakanan di rumah dan memantau keadaan anda sendiri. Segera ke hospital sekiranya terdapat gejala-gejala yang membimbangkan seperti pitam, pandangan kabur, mual dan muntah yang teruk atau pendarahan. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi