cantik dan yakin ?

hai mummy semua . saya masih baru lagi berumah tangga . belum cukup 5 tahun lagi . anak 1 , setahun pun belum . macam mana ya nak wujudkan balik semula keyakinan diri tu ? maksud saya macam nak rasa cantikk balik ha faham takk 🥹 dulu sebelum kawinn kita rasa diri kita cantikk sangatttt . amik gambar tang sini cun , tang situ cun tapi skrg bila dah kawin dah ada anak ni macam tak tahu laa nak amik gambar pun selalu rasa macam haih buruknya . ni contoh ye , bila scroll tiktok kan kita suka sgt tengok nrnilamsr , aireena bini stopa , yaya2xx tu ataupun yg selalu mekap mekap . ha faham tak maksud kitaa huhuuu . cantik yang nampak class nampak aesthetic tu faham tak huwaaaa nak nangis rasaaa . puncanya sebab apa tau , sebab kita tertengok recently watch husb kita hmmmm . teruss rasaa tak cantik sampai ke harinii sebab fesyen kita ni mcm yang sakai ii sikit . kadang kita mekap pun reaction husb mcm heh gitu kita jadi rasa cam tak cantik . sebab dia tegur skin texture kita . saya tahu tu normal tapi bila husb tegur rasa cam haihhh . recently watch dia pulak pompuan yang rempit ii aesthetic yang cantik tu cantik lah jugak . macam mana eh nak cakap hmmm . ada tak yg boleh relate dgn problem saya ni . bagi kita semangat balikk pleasee 🥹🥹 satu lagi kat mana ye nak cari outfit yg aesthetic mur mur gituu suggest please . tq in advance mummy ✨ #firsttimemom #Needadvice #sharing

16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Cantik. Sy pun ada down masa saya underweight. Apa saya buat utk yakin diri ni happy? 1. Bertenang 2. Kawal pemakanan, sbb sy glucose intolerance, nak weight gain tu cara lain; kena lebihkan protein dan lemak sihat, rendah karbohidrat dan kawal pengambilan gula. Senam bina otot. Alhamdulillah 2 tahun bmi ok, saya happy. Lagipun sy fully breastfeeding, jadi ambil masa nak weight gain. Pakaian kena pakai yg bukan warna gelap 😂lagi nampak kusam. Saya dah tak make up dah.. Just guna sun screen. Masa hamil, jeragat dan skin tag naik teruk. Sekarang ada lagi cuma ada kurang. Malam pakai celak ikut sunnah nabi kerana Allah sebelum tidur. Pakai vaseline di bibir. Sebab xah tak kerja, skin care guna yg mampu suami belikan, pakai pencuci muka je. Seminggu tu, kesat kain basahan kat muka ala2 macam scrub lah. Haha. Buat senaman muka, kerap bersenam, be happy. Elakkan bezakan diri dgn org lain. Buat pemeriksaan kesihatan berkala; buat paps smear, jumpa dentist, ujian darah dll. Jaga solat 5 waktu, kerap baca Al-Quran, baiki diri dgn akhlaq yg baik, semua kerana Allah. Alhamdulillah, perasan tudung senget bila tengok gambar sendiri pun kita yakin je kita lawa je. 😄

Baca lagi