ruam pada baby 🥲

Hai monmies semua nak minta share apa bedak atau krim yang elok utk ruam baby? Haritu saya tukar sabun mandi baby terus naik ruam banyak dekat celah2 kemaluan anak, sekarang terjangkit dekat anu dia. Mcm cepat sangat ruam ni merebak. Saya kesian anak saya tengok ruam tu ssmpai kering berdarah & melecet2 hmm mommies ada petua atau ubat2 tak yang elok utk ruam? Bayi saya baru 1 bulan 13 hari 🥲 tolong ya mommies yang berpangalaman semuaa 😭

8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Better stop pakaikan sabun mandi dekat baby. Tak perlu pakaikan sabun dekat baby bawah 6 bulan. Mandikan dengan air suam je. Baby saya hari tu ada kena jugak rashes sebab sensitif pampers, saya sapu baby oil je. Kerapkan sapu lama2 hilang

elakkan pakai bedak untuk anak. kalau boleh sapu krim atau lotion. sy pakai sudocrem, kalau ada ruam kat mana mana badan anak. kalau sampai melecet tu, sy beli krim dari kedai ubat cina.

Cuba guna Drapolene cream mommy. Tiub dia warna pink. Sy punya dr pakar paeds pun suggest cream ni. Mmg bagus utk merah2 kat bontot & celah anu anak saya.

Try pakai drapolene. Memang untuk rashes pampers. Boleh beli kat pharmacy atau watson/guardian. Sy pakaikan untuk anak sy haritu alhamdulillah berkesan

Saya pakai Sudocream. Alhamdulillah serasi. Ruam dkt kemaluan2 mmg berkurang.

saya guna bedak sejuk ja alhamdulilah sembuh

try sapu minyak zaitun sis..

Boleh try lotion snowhitte