Pengasuh Anak

Hai moms , saya nak tanya lah . Anak saya usia setahun dua bulan . saya baru nak mula kerja dan ini kali pertama saya hantar anak saya pergi pengasuh . saya dah mula tinggalkan dia dalam 2 3 jam di rumah pengasuh nya untuk latih dia . Jadi sekarang , anak saya macam trauma saya tinggalkan dia . Bila org lain dokong dia , dia akan nangis2 nak kan saya takut saya tinggalkan . Normal ke tu ea?

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Awak kena selalu berkomunikasi dan beritahu anak. Sebelum ni awak tinggalkan tanpa pesan ke? Kena hari hari bercakap dengan anak. Malam sebelum tido borak dulu dengan anak. Pesan kat dia. Contoh, 'esok mama kerja. Mama hantar awak pergi rumah pengasuh ya. Awak main, makan, tidur, mandi di rumah pengasuh. Petang nanti mama ambil awak balik ya.' Keesokan pagi nya, ulang lagi pesanan tu. Tambahan pula, usia anak awak berada dalam fasa separation anxiety. Tips nak atasi separation anxiety ni, kena sentiasa berkomunikasi dengan anak. Jangan anggap anak tak faham kita. Mereka faham sebenarnya. Jangan give up tau awakπŸ’ͺFasa ni mengambil masa. Bukan hari ni awak pesan, esok terus okay. It takes time but surely everything's gonna be okay😊

Baca lagi
2mo ago

setuju puan, anak faham je kita cakap dengan dia.. ulang2 je pastu bila ada masa dengan anak kena spent elok2 la penuhkan balik tangki emosi dia. & kena cek la jgk kot pengasuh problem

Jgn smpai jadi mcm sy sis. Sy hntr anak kt pgsuh. Ank xsuka duk nangis2.. sy biarkan je.. sy anggap mcm dia tgah nk belajar.. rupanya xserasi, tau2 anak sy sakit muntah2 sawan. Rupanya jatuh dkt rumah pgasuh, n dia xinform kt kita. Terpaksa 3 kali major operation buang darah dalm kepala.. nsb baik ank sy sihat balik.. lepas 6 bulan, sy hntr kt taska. Ank happy n ceria n x nangis..

Baca lagi