Contraction 37weeks

Hai mommy yang berpengalaman. Boleh tak share dengan saya macam mana contraction 37weeks? Sebab sekarang saya konfius sama ada saya contraction ataupun bukan. Sekarang ni rasa macam senggugut period tu dri perut sampai ke kaki terasa sakit dia lepastu pinggang saya pun terasa sakit dan perut kadang menegang lepastu baby pun lambat gerak tak macam selalu. Macam mana tu ya? Boleh share pengalaman. Saya firstime mommy jadi takberapa pandai sangat. Maaf yaaaa

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Ikut contraction tu selang berapa minit, berapa jam atau berapa hari? Kalau contraction rasa harini dalam sekali je, esoknya tak rasa contraction, itu tanda contraction olok2 (kontraksi praktikal). Ikut pada orang juga, ada yang turun tanda - lendir darah / air ketuban pecah. Pengalaman saya (takda turun tanda pertama lendir darah atau air ketuban pecah, cuma contraction) first baby 8/5 haritu, Saya 36 weeks dah rasa contraction olok2 ni. Perut tibe mengeras, rasa senggugut, baring tk kena, duduk tak kena, menangkap pinggang & kaki. Tempoh masa tu dalam 15 minit, kemudian hilang dah rasa contraction tu. Esok lusanya tak rasa. Dia ikut hari. Masa saya bersalin 39 weeks, Rasa juga contraction yg sama, tapi kali ni rasa contraction yang sekejap sekejap. Dah rasa contraction tu, selang 5-10 minit, contraction tu berulang2 kali non-stop ya. Rasa nak berdiri pun longlai. Tu tanda mmg awak nak bersalin dah tu. Masa saya rasa selang 5 minit contraction tu, sampai je hospital doc check bukaan dah 4cm.

Baca lagi

braxton hicks nihh slalu nya xsakit sis.. try ubah position awk.. kalo awk tgh duduk cuba bdiri or baring.. kalau hilang itu braxton hicks.. kalo contraction.. awk buatlah ape2 pun dia xkn hilang.. mkin lama mkin skit..dan mkin kerap.. bila dh mkin kerap.. cepat2 ke hospital.. btw.. kalo gerakan bby slow dan lemah kena pgi jugk ke hospital yea sis.. jgn tggu esok2.. bahaya... ape2 pun.. smoga dpermudahkan sgala urusan awk n bby yerr...

Baca lagi

kalau makin lama makin kerap rasa sakit tu sampai awak sendiri rasa nk duduk tak kena. bangun tak kena. tidur pon rasa xkena. berdiri pon rasa xkena. pergi hospital tu mmg contraction betul. sy 1st baby turun darah dulu. tp xde sakit pape pergi hospital doctor bg balik. esok tu baru sakit contraction. pergi hospital doctor check 4cm 2nd baby sakit contraction terus. pergi hospital doctor check 4cm dh

Baca lagi

kalau saya mula2 senggugut beberapa haei,kemudian rasa mcm nak membuang. tapi oergi toilet takde pun,few times ke toilet baru lah ada keluar. malam tu makin kerap nak membuang n tak lama lps tu ada krluar darah sikit. tunggu kejap sbb tahu tu tamda bersalin. tgh malam mcm tu lendir darah makin pekat,then baru start contraction n bla bla bla bersalin esok tu hehehe 39w ngam²

Baca lagi

beza kontraksi betul dan kontraksi palsu adalah... kontraksi palsu dia sakit dan mengeras bhgian depan jer.. xskit pggang @ pinggul. kalau kontraksi betul sakit semua iaitu pinggang,pinggul.perut mengeras dan memulas.wallahu'aklam

Mcm nurse saya pesan cara nak tahu contraction tu kerap, dalam masa 10 minit tu Cuba monitor die mengeras lebih 20 saat n lebih dari sekali x, sekiranya lebih dari 2 kali dalam masa 10 minit tu, so better pgi hosp die ckp.

pnglman anak prtma 37week..MLM tu Sya mulai sakit2 perut,mengeras.. paginya brhnti sakit tu..lebih kurg jm3 ptg Sya mulai lgi sakit perut,mengeras di sertai lendir&darah sedikit ..gi hospital bukaan dah 2cm..

sye pun bsalin ble 37 weeks... trun tnda darah.. pas tu contraction makin kerap.. mula2 15 min.. lps tu 7 min.. xde la sakit sgt tp rse x selesa kt perut n pinggang.. peg hospital Dr ckp da 4 cm

Hai sye bersalin 37w anak sulungg tkde tanda apa2 pun keluar , tapi pagi tu sye rasa senggugut tak kuat lepastu perut mengeras . Sye pergi hosp dah 2cm , kalau awak was2 pergi je hospital okeyyy

2y ago

berat baby berapa masa lahir sis?

maybe false contraction..hari tu sy pn bersalin 37 mggu..rsa mcm something tolak dkt bwah dan perut asyik mengeras stiap jam..jalan pn mcm penguin da😅 moga dmudahkn mummy..take care