Cara naikan HB
Hai mommy sy dah 10w1d, hari ni da buka buku pink kat kkia, tapi sangkut pula HB rendah 8.6 ja 🥲 awal2 da kena. Risau pula 😭 ada tak ibu2 tau makanan apa yg cepat naikan HB kena dtg kkia 30hb lgi moga naik la masa tu, ni first time preggy.
saya pun ada masalah sama HB low..mcm saya makan maltofer (yg doc suggest) lepas tu amalkan makan ubat dengan minum pati delima..lebihkan sayur hijau n buah2 an mcm buah jambu batu,naga merah..insyaallah..kita iktiar je sis..lagi 1 jangan terlalu stress sian pada baby..
sama macam saya, haritu drop jd 9.6, pastu nurse tukar ubat zincofer. sy bnykkn makan bayam n rebus brokoli. pastu ada ambil jus mamariam (baru 3 hari ambil), Alhamdulillah naik balik atas 11
makan buah delima atau nak senang beli yg dah jus terus. beli yg fresh la tapi. jangan yg dlm kotak campur gula bagai tu. sy minum jus delima hb cantik je 12 ke atas. ce try
Saya kandungan 5 bulan ni baru je kena HB low. Dari normal 12.9 drop sampai 8.6 sama macam awak. Misi terkejut saya pun terkejut. Misi suruh makan jambu batu 🥲
sama lah. saya 5 bulan lebih baru hb low. sebelum ni elok je 11 lebih tiba2 turun jadi 10.3. Saya makan jambu batu dan doktor suruh ambil iron tablet 2 biji sehari, tu pun naik jadi 11.1 semalam. harap2 lepasni naik lagi
Amalkan iron rich diet, teruskan makan ubat yg klinik bg. mkn buah tinggi vitamin C lps mkn yg bersumberkan zat besi. Vit C bantu serap zat besi dlm darah
sama lah sis hb 7.8 sahaja🥺🥺 lagi rendah ...jumpa doctor kena ambil darah lg ambil sample tuk cek anemia semoga Kita cepat Naik hb🥺
mkn buah oren sunkist stiap hari. minum air limau kasturi tnpa gula. minum air oren Sunquick suam tnpa gula. confirm maintain je😄
betul sis, sy pun hb dari 12 ke 10.. bila makan asam2 bgini, limau & oren.. cepat jeee naik hihi jus oren sunquick + 1 biji perahan limau kasturi, tambah asam pun sedap hihi
sis amalkan kapsul D aura tu .klu sis amalkan tu tk de la low sngt hb wk tu..tu bleh kurng kan rasa letih .sembelit
samalah saya awal2 buka buku hb cantik je , pastu last cek drop 10.9 rupanya salah cara makan ubat hehe ..
byak2 mkn buah naga merah.. sy dr 11.2 trus naik 12.5.. in shaa allah kita ikhtiar sis
Excited to become a mum