Baby 7 bulan boleh makan macam yg kita makan tak ?

hai mommies semua , nak tanya . baby saya 7 bulan 18 hari . Saya memang selalu masak je kat dia . tapi macam pergi mana2 dia asyik tengok kita makan . boleh ke makan juga ? macam nasi ayam dekat chickenriceshop tu ? atau ice cream2 kat kedai tapi bagi sikit2 je la bukan semua . saya ni kadang nak jaga pemakanan anak taknak bagi benda yg taktahu dia boleh makan ka tak tapi tulah . mommy semua pun faham lah org2 tua ni mcm mna . main bagi ja . ckp dah boleh makan la bagi sikit ja tak banyak pun la . mil siap sumbat biskut raya yg ada taburan nestum tu . saya tahu lah saya ni baru pestime jadi ibu tapi tulah . taktaulah nak kecewa ka nak biar org sumbat makan yang saya tak tahu pun boleh makan ka tak anak ni . saya pun tak tahulah saya ni terlalu over atau apa . husb pun rilek ja . dia ckp seronok tengok anak rasa2 makanan . hmmm i think i yang over kot 😭

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Boleh asalkan tanpa gula/garam tambahan, MSG dan olah tekstur ikut kesesuaian umur dan perkembangan anak. Gula/garam tambahan sebaiknya selepas 2 tahun. Tapi ikut guideline KKM atas setahun dah boleh perkenalkan gula/garam. Itu pun dalam kuantiti yang terkawal. To be truth, nak sediakan makanan untuk baby bawah 2 tahun sangatlah senang dan ringkas. Tak macam orang dewasa. Makanan baby tak perlu fancy fancy atau banyak bahan pun. Less than 10 minutes dah boleh siap. Saya sarankan awak dan suami sama-sama belajar ilmu pemakanan baby baru seronok dan ada kerjasama. Kalau saya, no means no. My kid is my kid. Tak kiralah awak ni siapa. Cumanya saya tegur secara berhemah. Awak kena sekolahkan dulu suami awak. Baru sama2 sekufu dan tahu hala tuju parenting macam mana nak besar kan anak. Good luck🌹

Baca lagi