Tips untuk anak lepas susu badan

Hai mommies ? Saya mengandung 3 bulan. Anak sulung lelaki umur 2 tahun 3 bulan masih menyusu badan. Tapi bukan sepenuhnya sebab anak akan menyusu waktu malam sebelum tidur. Anak memang refuse susu formula, dah cuba pelbagai jenis susu. Kalau siang hari anak akan minum susu kotak Dutch Lady & mak yang jaga anak akan bagi anak makan kenyang-kenyang supaya dapat tidur siang, tapi malam mesti nak menyusu badan. Nak tahu tips untuk anak lepas susu badan sebab puting rasa sakit bila anak menyusu. Risau kalau dah ada baby baru, anak masih nak menyusu jugak.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Congrats momi. Kisah momi lebih kurang macam saya cuma anak saya umur 3 tahun lebih. Siang mmg dia dah jarang bf sebab dia pun minum susu kotak Dutch Lady coklat & makan nasi banyak tapi malam sebelum tido selalu dia akan mengempeng dulu, tapi saya refuse & terangkan sebab apa tak boleh. Memula dia nangis jugak, dalam sejam camtu tapi saya nekad so terpaksa pekak kan telinga jelah. Then, kami try pulak seperate tempat tidur. Dia tido dengan baba dia. Lelama dia okay & lupa sendiri. Ambek masa dalam seminggu jugak utk wean off. Yang penting husband pun kena bagi kerjasama jugak dalam hal ni. Sebab memula husband saya rasa kesian dia menangis tak berhenti, husband suruh jugak bagi sekejap utk hilangkan keinginan dia. 😅

Baca lagi
5y ago

Baru baca sharing ni. Terima kasih 😍 Alhamdulillah sekarang dah dapat wean off tapi memang betul kena pekak telinga bila anak menangis. Anak nangis sampai serak suara.