Baby kicking
Hai mommies, harini kandungan saya mencecah 19w1d. Saya selalu baca yg kandungan anak sulung biasanya baby kicking lambat dalam 20w ke atas. Tapi baru sekejap ni saya dapat rasakan “bubble bubble halus” kat perut saya, dibahagian bawah pusat. Mula mula rasa sekali, saya cuit sikit tempat yg terasa tu, lepastu rasa lagi bubble tu. Soalan saya, agak2 betul ke tu baby kicking? Kedudukannya bahagian bawah pusat. Maaf bertanya sebab takpenah lalui lagi.