Belum ada rezeki, 9 bulan kahwin..

Hai mommie, saje nak luahkan normal ke ada masa terasa sedih sgt bila belum dikurniakan rezeki. Bila tgk org yg baru kahwin da lekat. Most of the time okey aje happy tgk semua, ada masa mcm harini sedih sgt. Btw saya baru 9 bulan kahwin, tau masih awal. Saya period teratur aje tetiap bulan. Saya faham Allah akan bg rezeki tepat pada waktunya. Ada nasihat/tips utk hilangkan sedih ni? 🫶🏻#bantusharing #TTC #cubaanhamil

44 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

sy ttc 5 tahun, puan. 1st year mmg kami nak enjoy org kata honeymoon phase yelah sebelum ni bercinta kejap je lepastu kena LDR pulak so bila dah kahwin nk berkepit berdua. kami bukan jenis berjalan sana sini, lg suka ddk rumah, tgk tv sama2 enjoy cara kami lah kiranya. then masuk tahun kedua kami nak try lah. sampai lah tahun ke-4, tak pernah sekali pun merasa 2 line kt upt tu. masa ni dah rasa down bila tgk kawan2 masuk 3 org anak, kita sendu haha. tp hb sy sgt positif & supportive. dia ckp ada anak/tak takkan mengubah apa2 pun. kita masih boleh cuba & boleh ambil anak angkat. so sy mmg tak fikir sgt sbb ada husband yg sgt baik & mertua, kak/abg ipar semua tak pernah persoal. tgh tahun ke-4 tu 1st time sy dpt positif upt. tp tak sampai sebulan sy keguguran. masa ni mmg rasa kosong yg teramat. mcm eh aku nak dpt dah this thing tp terlepas dari tgn. tp tu tak lunturkan semangat sy, sy happy sekurang2 nya sy boleh mengandung. sy fokus kt kesihatan, fokus kt diri sendiri & lebih dekatkan diri pd Allah. sy tahu ada hikmah dlm semua ni. tahun ke-5 (tahun lepas), setahun selepas sy keguguran, 1st time sy dpt puasa 30 hari penuh. mmg terkejut tp bila cek upt still negatif tp sy ok je rilek happy sbb at least tak payah ganti puasa😂 so sy pun jalani hidup mcm biasa & masih lg berharap, tipu la kalau tak berharap kan. walaupun ok je hidup berdua tp mcm teringin gitu haha. tak lama lepastu sy ada spotting, sy mcm oh ni 1st day period lah ni. ok sy pun mcm biasa la pakai pad apa semua. tp esoknya lepas 24 jam darah pertama tu keluar, pad masih kering. masa tu sy baca2 dlm app ni org ckp mungkin spotting penempelan, sy pun cek upt. Alhamdulillah kuasa Allah, 2 line terang. bila kira sy dah 5 minggu. minggu ke-8 ada bleeding, sy ke hospital & doc scan ada heartbeat dah masa tu. doc bg ubat kuat rahim & Alhamdulillah skrg dah 35w. tak lama dah ni, berdebar takyah ckp lah kan. panjang betul kisah sy🤣 nasihat sy, enjoy life. 9 bulan tu kt setengah org mmg la masih baru. tp kt awk, sy taktau. ada org mmg bila kahwin terus nk ada anak. tp kena ingat semua ni dari Allah & kita pun tak boleh stress2 tau. nanti sperma/ovum kita hasilkan tu tak sihat & tak berkualiti. tenangkan fikiran & cuba ambil masa jalan2, rilek2. Insha’Allah semua akan dtg smoothly. tips sy, amalkan gaya hidup sihat. makan real food, bersenam 2-3x seminggu. kurangkan stress, bykkan Tahajjud (bukan nk ckp sy ni bajet alim tp it really helps) & baca Quran at least sehari 1 muka surat. Allah suka kita meminta, Allah Maha Mendengar. moga dlm salah satu mlm kita bersujud time org lain tidur, Allah makbulkan segala doa & impian kita. moga dipermudahkan & jgn putus asa ya, puan. stay strong!💪😊

Baca lagi
1y ago

sye pun sama , rasa mcm ohh tahajud je . bila kerap tahajud minta rezeki utk dpt kerja , tapi Allah bg rezeki mengandung pulak 🤭 Allah tahu apa kita perlu dan apa yg perlu dtg dulu .

Assalamualaikum, hi awak. Semoga awak dalam keadaan baik2 sahaja ye.😊 Saya faham perasaan awak. Teruskan berdoa & berusaha. Enjoy masa berdua ni tau sebab nanti dah ada baby, rutin harian dah berbeza 😉. Anyway, saja nak share. Saya TTC 2 tahun. Macam2 rawatan saya cuba tapi masih belum ada rezeki. Genap setahun kahwin, saya terus register di LPPKN untuk buat fertility check up & treatment. Alhamdulillah, syukur Allah gerakkan hati saya untuk check. Selepas jalani beberapa prosedur, doctor sahkan kedua-duanya tiub fallopio saya tersumbat. Masa tu, sedih yang amat.. Tak tau nak cakap macam mana. Rasa looser sangat.😭 Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang sangat memahami & supportive. Once dapat tahu tersumbat, saya terus buat rawatan laparoscopy & dye. Alhamdulillah, kedua-duanya tiub fallopio saya dah tak tersumbat. 😊 Then, saya teruskan buat IUI di LPPKN. Masa nak jalani prosedur IUI, sekali lagi saya down sebab doctor maklumkan rahim saya terbalik. Masa tu Allah sahaja yang tahu luluhnya hati saya tapi saya teruskan juga buat IUI namun Allah Maha Mengetahui yang terbaik. IUI tu tak berjaya. 🥺 Bulan Aug, failed IUI. Masa tu saya dah give up tapi saya kuatkan semangat jumpa Dr. Rohaini (pakar O&G di Columbia Nusajaya). Dia bagi saya kata2 semangat & nasihat serta tunjuk ajar. Alhamdulillah, dengan izin Allah, bulan Nov saya disahkan mengandung secara natural tanpa perlu IUI atau makan clomid.😊 Awak kuatkan semangat. Setiap kali sedih, sentiasa ingat, ada orang yang lebih susah untuk dapatkan zuriat & yang pasti, banyak hikmah yang tersembunyi disebalik kelewatan mendapat zuriat.. 😊 Semoga Allah kurniakan awak rezeki zuriat yang soleh & solehah.. Ameen 🤲

Baca lagi
1y ago

masha ALLAH..fhm2..sy buat hsg..mmg sakit...tu buat 2x (sblah sblah tiub)..kalau 8x fuh mmg boleh agak rasa sakit..tp janji dh flush

Saya ttc 4 tahun. Dulu lps kahwin setiap kali lewat period akan beli upt utk test. ya, setiap kali. tak terkira jumlah upt yg saya guna, x terkira berapa kali saya jmpa doktor konon saya hamil. sampaikan saya beriya yakinkan doktor yg saya ada nmpk satu line lg tp sgttt halus (sbnrnya tak ada). ini semua sbb saya terlampau fikir dan nak sgt. sbb? saya tgk org dh ada anak, saya bila? setiap kali terkenang blm pregnant/ada yg tanya/tgk ipar dh mengandung/tertgk post org buat video tntg berjaya hamil, auto hati ni sakit dan menangis. setiap kali akan doa bg lah aku zuriat. rumah sedara pun x nak pegi takut org tnya. sampai tnya kat diri sendiri, aku ni mmg x blh hamil langsung ke? malunya kenangkan balik (maknanya mcm x redha😔) sampai satu hari, suami ckp kat saya yg saya tak redha. sbb persoal itu ini kat Allah. rasa tertampar masa tu. terus saya betulkan doa, allah maha mengetahui apa yg baik dan buruk utk kita, jd bersgka baik dengan Allah. Dan, alhamdulillah, selama ni kalau buat upt tu berharap sgt, kali ni terus naik dua line yg merahnya cukup terang. nasihat saya, sabar dan redha. tak apa kalau rasa nak menangis sbb normal, kita manusia biasa bkn robot. kita bersangka baik dengan Allah. Fikir yg Allah sygkan kita, mungkin kalau bg skrg kita blm mampu/ada perkara yg nak cegah/allah nak lindung. pendek kata belum masanya. Allah kan Maha Penyayang😉. Maaf agak panjang. saya doakan awak dan pasangan akan dipermudahkan utk dapat zuriat. aminn. ❤️

Baca lagi

xperlu sedih. enjoy hidup berdua dulu. ada anak ni commitment dh bertukar. x sama mcm sebelum kawin. nak2 lagi masa newborn. kena kerap jaga malam bagi anak susu, tu belum part anak x tido mlm. anak meragam, anak sakit, eh mcm2 la. x kuat boleh koyak mental. boleh depression. boleh burn out. try la tanya new mom. berapa ramai yg burn out masa anak bru lahir. bukan takat yg 1st mom je. yg 2nd mom 3rd mom pon ramai burn out sbb nak handle anak yg sedia ada. lps tu nk handle yg baby. saya kawin almost 2y bru dpt anak. beza gila hidup sebelum ada anak dgn dah ada anak. ada anak newborn ni kena korban kan waktu me time. kalau now, u and husband boleh sng2 nak keluar dating berdua. dinner ke midnight movie ke, but bila ada bby wktu keluar mlm semua xda atleast 3 to 6m. tu kalau u jenis nak ajar anak tidur mlm la. kalau u xnak ajar anak tidur mlm, so xde mslh utk keluar mlm. tapi rata2 mom akan ajar anak tidur mlm. even anak jenis xnak tidur mlm. sbb esok pagi boleh jadi overtired wei. wktu ni kalau mental x kuat, boleh gaduh laki bini hari2. jenis lak kalau laki kje pagi balik mlm ke laki jenis x reti menolong ke ape ke. eh byk lagi laa kalau nak compare kan sblm dgn slps ade anak nii. so nasihat saya. enjoy waktu berdua dulu. jgn kalut sgt nak ada anak sampai sedih la depression la stress la. sampai masa rezeki dtg. jgn risau.

Baca lagi

cerita sy ni macam" da rasa, sedih gembira kecil hati, tp suami yg banyak mbantu selalu bg aura positif.. sbelum kahwin da rancang nak anak cepat, tp 3bulan blalu tak da sangkut.. sy yg paling sedih dan takut sbb keluarga belah ayah ada keturunan xda zuriat. suami selalu bg kata semangat, " tak pa syg klu Allah belum nak bg, kitakn da ramai anakbua, kita enjoy jak ok".. Tiba" suami kena kencing kotor, sy usaha bg minum air barli tiap pagi. Lepas sembuh sy pula yg kena kencing kotor, pun sama sy minum air barli.. Lepas buat keputusan dgn suami pasal kami tak pkir da tentang anak, kalau Allah nak bagi "Alhamdulillah, kalau sebaliknya "redha.. start dari situ elalu juga org lain tanya pasal anak, tp sy tak pena da pkir negatif , sy just minta dorang doakan.. mungkin berkat doa org" yg selalu btanya Alhamdulillah kandungan da masuk 6bulan.. Semoga urusan kita semua dpermudahkan. Percaya perancangan Allah.

Baca lagi

its okey sis x ya down la aihhh. sya pun kawin 9 bulan tpi alhamdulillah slps 9 bulan sya pregnnt skrng dh msok 26w. awk jgn sesekali tanam dlm hati awk nak enjoy nti nti la ada anak jgn. awak kena sllu tnm hati dan bedoa selepas bersama husband doa ' ya Allah nyawakanlah sperma suami ku dlm rahim ku aamiin. lps tu usap perut awk . awk kena ikhlas selepas bersama husband dan sntiasa meminta dkt Allah. insya Allah Allah bagi. lagi 1 sya nak pesan, usaha tu kena ada kita berharap dgn Allah jgn tgn kosong, pnjatkan doa dan buat kiraan sndiri. cth ; -kira kitaran haid setiap bulan -hari first dan last day -bersama suami seminggu sblm haid tu wktu subur sgt . -amalkan hidup sht dan mkn folic acid rm1.50 beli kat farmasi. nasihat sya, jgn dgr ckp org. tarikh nafas hembus ckp kat dlm hti Allah ada nnti Allah bagi. keep fight sis smoga dpermudahkan urusan sis dan husband Aamiin

Baca lagi
1y ago

knpe suke sgt ek buat kerja Allah ni? bila sampai waktu dia, akan ada anak jugak. jgn la risau sgt. awk punya rezeki anak selepas 10tahun kawin, tapi rezeki yg dpt dlm masa 10tahun tu ade kira x? rezeki bukan takat anak je bile dh kawin ni. yes semua org yg kawin nak ada anak. tapii dpt mertua baik selama 10tahun nii rezeki jugak. dpt kerja helok, dpt kesihatan helok. dpt laki helok. tu semua rezeki. and please laa jgn sama kn diri awk dgn org lain. x semua org nak anak berderet2 mcm awk. ade org pilih quality over quantiti.

saya ttc 3 tahun tahun pertama, bila period lambat je saya akan check upt tambah lagi saya irregular period. dan repeat lagi untuk bulan seterusnya. mula² rasa kecewa, sedih down semua. tapi bila masuk tahun kedua perkahwinan, saya belajar bahagiakan diri sendiri dulu. bersikap positif. selalu berkomunikasi dengan husband. masa ni boleh dating lama² sikit. dan bila org sekeliling tanya soal anak, anggap je dorg concern tentang kita. biasanya saya akan reply "doakan baik² ya". fikir yang baik² je. dan sekarang masuk tahun ketiga perkahwinan. tak expect apa² teruskan kehidupan seperti biasa. dan selalu ckp kat diri, Allah akan bagi bila kita dah bersedia. alhamdulillah baby coming soon september inshaaAllah. InshaaAllah rezeki sis pula lepas ni ya

Baca lagi

awak saya ttc2y, kawan2 kawen trus lekat. tapi saya takpenah ada rasa cemburu dengan kawan kawan kalau dorang pregnant. apa yang saya buat saya sentiasa fikir positif. Saya percaya dengan takdir Allah. Suami pun selalu bagi kata kata semangat dekat saya. percaya pada rezeki. Andai kata belum rezeki terima aja. buang rasa kesedihan. kadang ksedihan tu lah boleh buat kita stress sebab kita sentiasa memikir soal zuriat. ambek aura positif. insyaAllah kalau kita terima apa yang Allah takdirkan insyaAllah rezeki berpihak pada kita. ini apa yang saya buat sepanjang ttc. sekarang Alhamdulilah Allah maha tahu segalanya. saya menunggu hari nak bersalin je. 🥰

Baca lagi

semoge.awk.cpt.trime zuriat.aamin🤲xpe sy yaken xlame.lg.awk.akan dpt..mulai.skrng nii awk.troskan.je kumpol.duet.untok.anak.wlwpon xd.anak.lg..sbb kn.nty.tibe2 awk mgndong.dan anak.da.keluar..ya allah bahagie nye sbb duet.dah bykk.tk.perlu.serabot..happy.nye.sbb boleh kmpol.duet awall2.bykk2😍😍sy tgh mgndong.skrng 5 bulan.tpy.sejujonye.duet maseh belom.kumpol duet anak...bersalin..brg nak.smue.1 sen pon xd tao..sbbb hutang.byk.sgt🥰..jdy.awk bersyukor tao.dpt.leewad.siket.tuhan nk.bgi awk.mase.simpan.duet.bykk2.sgt2🥰brula bhgie sgt.mase.mgdndong dan bersalin nty aamin smoge.cpt allah beri.awk.cahaye mate🥰🤲

Baca lagi

Sbar ye sis.. InsyaAllah ada rezeki zuriat tepat pada masanya.. Sy 4 tahun kahwin sis.. Baru nk merasa jgk ni.. Ape je yg org x cakap.. Sampai org cakap sy mandul pn ada.. Pedih rase.. Tapi tahan je.. Sbb org x nmpk usaha kita.. Die org hanya tahu komen je.. So biarkan die org.. Janji sis n husband happy.. Bila happy2 lagi mudah lekat.. Sbb badan kita x stress.. Pada mase yg sama jgn lupa amalkan asid folic ye.. Jgn putus asa.. Sentiasa uasaha, doa & tawakal ye.. Sy doakan semoga dipermudahkan segala urusan sis utk mendapatkan zuriat ye.. Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin 🤲🏻🤲🏻

Baca lagi