Belum ada rezeki, 9 bulan kahwin..
Hai mommie, saje nak luahkan normal ke ada masa terasa sedih sgt bila belum dikurniakan rezeki. Bila tgk org yg baru kahwin da lekat. Most of the time okey aje happy tgk semua, ada masa mcm harini sedih sgt. Btw saya baru 9 bulan kahwin, tau masih awal. Saya period teratur aje tetiap bulan. Saya faham Allah akan bg rezeki tepat pada waktunya. Ada nasihat/tips utk hilangkan sedih ni? 🫶🏻#bantusharing #TTC #cubaanhamil

sy ttc 5 tahun, puan. 1st year mmg kami nak enjoy org kata honeymoon phase yelah sebelum ni bercinta kejap je lepastu kena LDR pulak so bila dah kahwin nk berkepit berdua. kami bukan jenis berjalan sana sini, lg suka ddk rumah, tgk tv sama2 enjoy cara kami lah kiranya. then masuk tahun kedua kami nak try lah. sampai lah tahun ke-4, tak pernah sekali pun merasa 2 line kt upt tu. masa ni dah rasa down bila tgk kawan2 masuk 3 org anak, kita sendu haha. tp hb sy sgt positif & supportive. dia ckp ada anak/tak takkan mengubah apa2 pun. kita masih boleh cuba & boleh ambil anak angkat. so sy mmg tak fikir sgt sbb ada husband yg sgt baik & mertua, kak/abg ipar semua tak pernah persoal. tgh tahun ke-4 tu 1st time sy dpt positif upt. tp tak sampai sebulan sy keguguran. masa ni mmg rasa kosong yg teramat. mcm eh aku nak dpt dah this thing tp terlepas dari tgn. tp tu tak lunturkan semangat sy, sy happy sekurang2 nya sy boleh mengandung. sy fokus kt kesihatan, fokus kt diri sendiri & lebih dekatkan diri pd Allah. sy tahu ada hikmah dlm semua ni. tahun ke-5 (tahun lepas), setahun selepas sy keguguran, 1st time sy dpt puasa 30 hari penuh. mmg terkejut tp bila cek upt still negatif tp sy ok je rilek happy sbb at least tak payah ganti puasa😂 so sy pun jalani hidup mcm biasa & masih lg berharap, tipu la kalau tak berharap kan. walaupun ok je hidup berdua tp mcm teringin gitu haha. tak lama lepastu sy ada spotting, sy mcm oh ni 1st day period lah ni. ok sy pun mcm biasa la pakai pad apa semua. tp esoknya lepas 24 jam darah pertama tu keluar, pad masih kering. masa tu sy baca2 dlm app ni org ckp mungkin spotting penempelan, sy pun cek upt. Alhamdulillah kuasa Allah, 2 line terang. bila kira sy dah 5 minggu. minggu ke-8 ada bleeding, sy ke hospital & doc scan ada heartbeat dah masa tu. doc bg ubat kuat rahim & Alhamdulillah skrg dah 35w. tak lama dah ni, berdebar takyah ckp lah kan. panjang betul kisah sy🤣 nasihat sy, enjoy life. 9 bulan tu kt setengah org mmg la masih baru. tp kt awk, sy taktau. ada org mmg bila kahwin terus nk ada anak. tp kena ingat semua ni dari Allah & kita pun tak boleh stress2 tau. nanti sperma/ovum kita hasilkan tu tak sihat & tak berkualiti. tenangkan fikiran & cuba ambil masa jalan2, rilek2. Insha’Allah semua akan dtg smoothly. tips sy, amalkan gaya hidup sihat. makan real food, bersenam 2-3x seminggu. kurangkan stress, bykkan Tahajjud (bukan nk ckp sy ni bajet alim tp it really helps) & baca Quran at least sehari 1 muka surat. Allah suka kita meminta, Allah Maha Mendengar. moga dlm salah satu mlm kita bersujud time org lain tidur, Allah makbulkan segala doa & impian kita. moga dipermudahkan & jgn putus asa ya, puan. stay strong!💪😊
Baca lagi
Mommy Ali Eidlan ♥️