Assalamualaikum, hi awak. Semoga awak dalam keadaan baik2 sahaja ye.😊
Saya faham perasaan awak. Teruskan berdoa & berusaha. Enjoy masa berdua ni tau sebab nanti dah ada baby, rutin harian dah berbeza 😉.
Anyway, saja nak share. Saya TTC 2 tahun. Macam2 rawatan saya cuba tapi masih belum ada rezeki. Genap setahun kahwin, saya terus register di LPPKN untuk buat fertility check up & treatment. Alhamdulillah, syukur Allah gerakkan hati saya untuk check. Selepas jalani beberapa prosedur, doctor sahkan kedua-duanya tiub fallopio saya tersumbat. Masa tu, sedih yang amat.. Tak tau nak cakap macam mana. Rasa looser sangat.😭
Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang sangat memahami & supportive. Once dapat tahu tersumbat, saya terus buat rawatan laparoscopy & dye. Alhamdulillah, kedua-duanya tiub fallopio saya dah tak tersumbat. 😊
Then, saya teruskan buat IUI di LPPKN. Masa nak jalani prosedur IUI, sekali lagi saya down sebab doctor maklumkan rahim saya terbalik. Masa tu Allah sahaja yang tahu luluhnya hati saya tapi saya teruskan juga buat IUI namun Allah Maha Mengetahui yang terbaik. IUI tu tak berjaya. 🥺
Bulan Aug, failed IUI. Masa tu saya dah give up tapi saya kuatkan semangat jumpa Dr. Rohaini (pakar O&G di Columbia Nusajaya). Dia bagi saya kata2 semangat & nasihat serta tunjuk ajar. Alhamdulillah, dengan izin Allah, bulan Nov saya disahkan mengandung secara natural tanpa perlu IUI atau makan clomid.😊
Awak kuatkan semangat. Setiap kali sedih, sentiasa ingat, ada orang yang lebih susah untuk dapatkan zuriat & yang pasti, banyak hikmah yang tersembunyi disebalik kelewatan mendapat zuriat.. 😊
Semoga Allah kurniakan awak rezeki zuriat yang soleh & solehah.. Ameen 🤲
Baca lagi