Perjalanan Jauh Ketika Usia Kandungan Baru 8 Weeks.

Hai ibu2 semua. Boleh bagi pandangan atau pendapat tak, boleh tak kita naik kereta dlm perjalanan jauh 4-5jam pd awal kehamilan 8 minggu? Sbb sy dari Terengganu nak ke Kota Bharu sbb adik ipar akad nikah n bertandang kesana. Terima kasih sudi berkongsi pandangan dan nasihat.

18 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya 8 minggu balik kg di sabah.dari kota bahru.Dari rumah ke airport 1 jam.flight kb-kk 2jam30minit.kk ke kg 1jam45minit.Risau juga sebab banyak duduk lama & berjalan jarak jauh di airport..pergi dan balik.Syukurlah baik2 saja.dah bagitau doktor sebelum balik,doktor cakap ok ja.Cuma kalau ada bleeding atau sakit perut terus ke hospital sebab kandungan masih baru lagi.sangat berisiko.Paling penting jangan angkat benda berat & Buku pink sentiasa bawa ke mana-mana.Buat sedikit senaman ringan untuk lancarkan aliran darah semasa duduk lama tu.Pakai pakaian longgar & selesa.Perut jangan biarkan kosong nanti masuk angin.bawa snek untuk kudapan😊

Baca lagi
3y ago

In shaa Allah terimekasih sudi berkongsi pandangan ❤️ Kne dpatkan nasihat doktor dulu la ye. Risau sgt awal2 kehamilan ni.