96 Balas

Assalamualaikum..doc nak tanya kendungan 12minggu normal ke sakit bawa perut..??

Baikk doc terima kasih

Hello doctor, mcam mna nak elakkan kuning & apa simptom baby kena kuning?

Thank you doctor

Super Mum

Dr, saya nak tanya pemakanan apa Yg akan menyebabkan bayi lahir kuning

Sebanyak 80% bayi boleh dapat jaundis. Punca utama ialah hati bayi yang kurang matang untuk keluarkan bilirubin (pigment kuning) dari badan. Cara yang paling berkesan untuk keluarkan kuning berlebihan adalah melalui penyusuan bayi yang kerap. Ini adalah kerana bilirubin yang berlebihan keluar daripada badan bayi melalui kencing dan berak. Setiap ibu yang menyusu badan harus mempraktikkan pemakanan yang seimbang dan banyak minum air untuk tingkatkan penghasilan susu badan. Tiada makanan yang dikenal pasti boleh meningkatkan kuning bayi. Tetapi sekiranya bayi kekurangan enzim G6PD, ibu tersebut harus elakkan makanan dan ubat-ubatan tertentu.

Hi.. Nak tanya macam mana nak elak anak dari kena demam kuning??

Macam mana nak tahu yang kuning baby dah semakin pulih?

Mcm mana nak elak kan jaundies... n apa kesan buruk jaundies....

Cara yang terbaik untuk kurangkan kuning bayi dengan cepat ialah dengan penyusuan badan yang kerap supaya bayi kerap kencing dan berak. (cara kuning berlebihan keluar dari badan bayi) Jaundis tidak membawa apa-apa kesan pada bayi tetapi sekiranya terlalu tinggi > 20 (340micromol/L), bayi mempunyai risiko kecederaan otak,saraf telinga, kekejangan otot dan juga kematian.

Dr. Sye dah 12 weeks. But still hyprem.. I'm tired already..

Puan boleh berbincang dengan doktor pakar 0&G. Ada kalanya mereka akan memberi ubat khas untuk mengurangkan rasa loya dan muntah yang selamat untuk ibu mengandung. Puan hampir masuk semester kedua, hyperemesis tak lama lagi akan hilang.

Apa langkah utk mengelak anak demam kuning..ada dri segi pemakanan?

Setiap ibu yang menyusu badan harus mempraktikkan pemakanan yang seimbang dan banyak minum air untuk tingkatkan penghasilan susu badan. Tiada makanan yang dikenal pasti boleh meningkatkan kuning bayi. Puan mungkin akan dengar berkaitan halia berlebihan atau lada hitam boleh meningkatkan kuning badan, tetapi tiada bukti scientifik. Tetapi sekiranya bayi kekurangan enzim G6PD, ibu tersebut harus elakkan makanan dan ubat-ubatan tertentu.

Apakah punca baby dmam kuning?

Kebanyakan bayi mudah kuning disebabkan fungsi hati yang kurang matang untuk keluarkan bilirubin (pigmen kuning) yang berlebihan. Tapi ada kalanya risiko lain seperti lahir pramatang, darah ibu dan anak yang tidak serasi, defisiensi G6PD, bengkak kepala (cephalohematoma) dan lain-lain boleh menyebabkan kuning tinggi.

Selain susu ibu, apa lagi ubat yang boleh turunkn kuning baby?

Paling penting penyusuan bayi yang kerap. Ini adalah kerana kuning berlebihan keluar dari badan bayi melalui berak dan kencing bayi.

VIP Member

Terima kasih Dr JoAnn! Semua information sangat membantu.

No problem. 👍

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan