96 Balas

Hai dr Sy nk tnya ttg susu ibu Apakah yg perlu sy lakukan jika susu ibu berkurangan Boleh share sebarang tips2

Faktor pertama ialah minum air yang banyak (termasuk sup, susu) dan pemakanan yang seimbang. Faktor kedua ialah penyusuan yang kerap dan effektif. Sekiranya bayi kurang minum atau tidak minum dengan elok (latching), ini akan memberi signal kepada badan untuk kurangkan susu badan. Ketiga ialah pemikiran yang positif and kurang stress. Emosi memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan hormon penghasilan susu.

Assalamulakum dktor kndungan sya 36 minggu kna ksi masuk ubat 12 haribulan Adakah macam bersalin biasa

Hi doc. Baby sy prolonged jaundice. Mcm mna nk tahu baby sy dh bebas spnuhnya dri jaundice? Anyway baby sy almost 4 months.

Dari pemeriksaan doktor kerana jaundis boleh menyebabkan perubahan warna kulit dan warna mata. Sekiranya doktor ingin mengenal pasti secara lebih lanjut, melalui ujian darah.

Hi doctor. Maaf lari tajuk, baby boy saya baru 50 hari kerap minum susu sejam sekali. Takpe ke ? Tapi saya cuma bagi 2oz.

Asalkan bayi puan tidak muntah, puan tidak perlu risau. Bayi yang minum susu badan pun kita bagi on demand (ikut kehendak bayi). Setiap bayi mempunyai tabiat minum yang berbeza.

hello Dr. bayi saya minum susu kambing dan syukur kuning nya surut. tapi, apakah kuning boleh datang kembali? thankyou

wahhh syukur. thankyou Dr. untuk maklumbalasnya. God bless you

Hai doktor....sya nk tnya?? Sya hamil. tapi ada bdarah sdikit.... Dua hari sudah bdarah sdkit....knape ya?

Ada kalanya pendarahan waktu mengandung boleh berlaku tanpa sebab tertentu. Puan perlukan cukup rehat. Tetapi kalau pendarahan semakin banyak dan rahim mengeras tolong jumpa balik dengan doktor ya.

VIP Member

hi doctor, lepas bersalin memang setiap baby akan kena kuning ke? mcm mana nak elak?

Sebanyak 80% bayi akan kuning. Jadi, jangan risau. Paling penting adalah untuk pastikan bayi menyusu badan kerap supaya kuning yang berlebihan (bilirubin) boleh keluar dari badan bayi melalui berak dan kencing.

VIP Member

Untuk cegah demam kuning anak, ibu mengandung boleh amal susu kambing ke? Ini sebagai pencegahan dari awal.

Ok noted. Terima kasih doktor bagi respons untuk soalan saya. 😊

Hai doktor.. betulkah ibu yg tidak berpantang makan kemudian bf menyebabkan baby terkena prolonged jaundis?

Setakat ini, tiada bukti kukuh yang mengatakan pemakanan ibu memainkan peranan dalam kuning bayi. Tetapi sekiranya ibu kurang makan atau kurang minum air, ini akan mengurangkan penghasilan susu badan. Bayi yang kekurangan susu akan kurang kencing dan berak.Ini mengakibatkan kuning tinggi dan berpanjangan.

Hi doc, saya nak tnya boleh ke kalau saya bersalin normal ? Seblm ni sya bersalin czer anak baru 1 tahun .

Terima kash doc

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan