Sesi Tanya Pakar bersama Dr JoAnn Rajah (Pakar Pediatrik)
Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Jaundice atau demam kuning! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sering terjadi pada bayi. Dr JoAnn Rajah ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Sabtu, 1 Februari 2020 jam 3 petang. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Jaundice atau demam kuning.
Semua yg soalan yg berguna tggu respons dr doctor nak tahu sgt2 ni..tqsm ibu2 yg bertanya 🤗
Hi doktor, ada kah cara utk mengelakkan bayi kena jaundice ketika ibu masih hamil lg?
Adakah demm kuning berpanjngn boleh mnyebbkn bayi mengidap subclinical hypotyroidism?
Sebenarnya terbalik. Bayi yang mempunyai subclinical hypothyroidism atau hypothyroidism boleh mendapat kuning berpanjangan. Tanda awal kekurangan hormon tiroid adalah kuning berpanjangan.
Hello doctor joann, bagaimana cara untuk mengatasi jaundice? And apa punca jaundice? Tqsm doctor 😊
Tqsm doc 😊
Hi doktor, saya nak tanya apa punca najis baby bercampur lendir merah? Baby fully breastfeed.
ibu hep.c non-reactive bapa hep.c on 2months medication bby dlm kndungan ada risiko x utk hep.c?
owhh...lega sy dengar. thanx dctor🌹😍
saya pregnant nak masuk 6 week kerap sangat buang air kecil normal ke doctor??
Masalah ini normal kerana disebabkan hormon hamil dan juga tekanan rahim ke atas pundi kencing. Masalah ini kebiasaanya hilang di trimester kedua.
Hello doktor..nk tnya betul ke ibu yg berdarah O berisiko kpd ank utk mndpt jaundice?
Owh mcm tu ke doktor..ok...tq..😊
Hai.. boleh dr terangkan lebih lanjut mengenai Southeast asian hereditary ovalocytosis.tq
Southeast Asian Ovalocytosis adalah suatu penyakit genetik yang biasanya berlaku di negara contohnya Malaysia, Thailand, Indonesia, Philipines dan Papua New Guinea. Bagi bayi yang mempunyai penyakit ini, sel darah merah mereka lebih rapuh dan boleh pecah menyebabkan kuning yang tinggi. Tetapi, bila seseorang yang mempunyai penyakit ini menjadi dewasa, ia jarang mendatangkan masalah kesihatan. Perubatan genetik pada bentuk sel darah merah ini dipercayai memberi perlindungan kepada penghidap kerana ia mengurangkan risiko jangkitan malaria.
Dpt kah jaundice dielakkn Dr.? Knpa jaundice perlu ada dkat bayi yg lpas lahir ?
Ada kalanya jaundis tidak dapat dielakkan. Jaundis adalah satu keadaan yang ketara bagi bayi. Jaundis berpunca dari peningkatan bilirubin dalam badan. Ketika bayi masih dalam kandungan, tali pusat akan menyingkirkan bilirubin daripada badan bayi. Selepas dilahirkan, hati bayi akan mengambil alih tugas ini. Disebabkan hati bayi yang kurang matang dan pemecahan sel darah merah, kebanyakan bayi cenderung untuk dapat jaundis.
Momsy of 3 sunny boy