Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum doktor,, Saya positif INFLUENZA A ketika mengandung 8 bulan,, Terus kena admitted di ward dan heartbeat baby jadi 200 akibat suhu badan terlalu panas,, ketika di ward saya diberikan ubat tamiflu dan masuk air untuk sihatkan saya sahaja,, jadi persoalan saya 1) Adakah baby saya positif influenza juga? 2) Kesan influenza kepada baby dalam kandungan? 3) Perlukah saya ambil ubat untuk baby? Terima Kasih

Baca lagi
6y ago

1) Adakah baby saya positif influenza juga? = Tidak semestinya. Jika bayi anda mempunyai simtom influenza seperti batuk, demam, selsema, dia perlu diperiksa bagi memastikan samada dia menghidap influenza atau tidak 2) Kesan influenza kepada baby dalam kandungan? = Jika anda mengandung dalam tempoh 3 bulan pertama, dan menghidap influenza, bayi berkemungkinan akan menghadapi masalah kecacatan tulang belakang, kerana 3 bulan pertama adalah fasa pembentukan organ yang penting. Ketika mengandung 4 bulan dan ke atas, kebiasaannya organ dalaman baby sudah terbentuk, maka influenza virus tidak akan mengakibatkan kecacatan kepada organ bayi 3) Perlukah saya ambil ubat untuk baby? = Sekiranya bayi anda menunjukkan simtom influenza, dan ujian influenzanya positif, maka dia perlu diberi ubat tamiflu/anti-virus. Sekiranya bayi masih di dalam kandungan, anda hanya perlu mengambil ubat influenza untuk diri anda sendiri sahaja, jika anda disahkan positif influenza