Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Assalamualaikum dr.. sy ada baby 3m. And now duduk kmpg yg kwsan kurg jgkitan influenza. Tp after Chinese new year sy akan pulang ke penang dan di situ kawasan yg agk byk kes influenza ni. Apa langkah yang sy perlu ambil untuk baby 3m? Sbb risau jga kalau bawa baby keluar ke shopping mall atau tmpt2 awam boleh dijangkiti. Dan apa vaksin untuk influenza ni? Perlu ke baby sy ambil vaksin tersebut in 3m?

Baca lagi
6y ago

Langkah-langkah mencegah jangkitan influenza 1. Etika batuk dan bersin yang sihat dan selamat. Menggunakan tisu, dan membuang tisu tersebut ke dalam tong sampah 2. Mengambil vaksin untuk anak berusia 6 bulan ke atas 3. Jaga kebersihan tangan, dan kerap membasuh tangan 4. Elakkan tempat awam yang ramai orang 5. Jika anda terkena influenza, dapatkan rawatan, dan kuarantinkan diri di rumah selama seminggu Setakat ini, tiada maklumat/kajian mengenai keselamatan vaksin influenza bagi anak-ana berusia 6 bulan ke bawah. Utk bayi berusia kurang dari 6 bulan, hanya perlu ambil langkah berjaga-jaga, jaga kebersihan dan elakkan tempat awam yang ramai orang.