Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Jika anak tido berdengkur apakah yg perlu sy ambil langkah untuk hilangkan dengkuran itu ? Adakah anak sy ada masalah di pernafasan nya ?

Assalamualaikum,nak tanya nak hilang kan batuk ngan selsema baby umur 10 lebih mcm mana ye..dah berikan ubat dokter tapi tak nampak hasil nya..

5y ago

Jika batuk dan selsema anak tidak juga sembuh walaupun telah makan ubat yang diberikan, segeralah ke hospital berjumpa doktor pakar kanak-kanak, mungkin anak perlukan antibiotik atau perlu masuk wad untuk rawatan lanjut

Doctor sekarang vaksin out of stock.. ada tak supplement atau apa2 yg boleh diambil ? Dan yg mana yg bersesuai dgn ibu hamil #37weeks

5y ago

Boleh ambil supplement vitamin C untuk meningkatkan kekuatan imunisasi badan

VIP Member

Assalamualaikum doktor, adakah perlu suntikan vaksin influemza utk bayi berumur 10 bulan? brp kali suntikan diperlukan?

5y ago

Adakah perlu suntikan vaksin influemza utk bayi berumur 10 bulan? = Ya. Perlu. Penting untuk melindunginya dari terkena jangkitan virus influenza A brp kali suntikan diperlukan? = Sekali setahun

Assalaikum doc anak sulong sya 3 Ari demam Dan kmbali baik lpes 3 hari dia kmbali demam slsama batuk dua klnik sya pergi dah swsta n kerajaan

Boleh ke ibu hamil 3 semester ambil vaksin untuk langkah berjaga jaga walaupun tidak di jangkiti.. ade effect tak utk baby dlm kandungan ?

5y ago

1. Boleh ke ibu hamil 3 semester ambil vaksin ? = Ya boleh. Vaksin selamat diambil oleh ibu hamil pada bila-bila masa. Ia bagus untuk memberi perlindungan kepada ibu hamil dan juga ke pada bayi dalam kandungan 2. Ade effect tak utk baby dlm kandungan ? = Tiada effect utk baby dalam kandungan

Salam docter saya nak tanya bila lendir bercampur darah kluar dri kemaluan kita Apkah itu tanda nak besalin, sbb saya dah 39 week hari 5

5y ago

Pergerakan baby okay tak? Sy suggest Puan terus check kat hospital. Ada sesetengah orang tak rasa sangat sakit tu, ada yang rasa kuat. Ada yang ambil masa yang lama untuk tunggu bukaan 10cm. Ada yang cepat. And ikutkan usia kandungan tu dah boleh deliver. Puan terus ke hospital check ya.

sy dah 36weeks perlu ke amik vaksin tu lg dokte bahaye ke untuk baby dlm kandungan kalau xamik vaksin tu tq😊

Soalan sy dr, apakah langkah2 yang perlu diambil jika ibu2 hamil tidak bercadang untuk mengambil sebarang suntikan vaksin influenza?

VIP Member

Assalamualaikum dr... Ada x vaksin untuk avoid influenza pada bayi?? Dan apakah kelebihan bayi yang ambil vaksin pnuemococal??