Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Boleh ke ibu hamil 3 semester ambil vaksin untuk langkah berjaga jaga walaupun tidak di jangkiti.. ade effect tak utk baby dlm kandungan ?

6y ago

1. Boleh ke ibu hamil 3 semester ambil vaksin ? = Ya boleh. Vaksin selamat diambil oleh ibu hamil pada bila-bila masa. Ia bagus untuk memberi perlindungan kepada ibu hamil dan juga ke pada bayi dalam kandungan 2. Ade effect tak utk baby dlm kandungan ? = Tiada effect utk baby dalam kandungan