Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Salam Dr saya nak tanya apakah tanda2 penyakit influenza A ini pada siapa yang akan terkena

Apa akan berlaku kalau wanita mengandung terkena influenza pads trimester ketiga? Adakah bayi akan cacat?

Boleh tak ibu hamil mengambil vaksin influenza? Ada kesan terhadap bayi dalam kandungan tak?

5y ago

Ibu hamil boleh mengambil vaksin influenza, dan tiada kesan terhadap bayi dalam kandungan. Vaksin influenza adalah selamat diambil oleh ibu hamil, tanpa sebarang kesan sampingan. Ia boleh mengurangkan risiko penyakit sebanyak 40% dan juga memberi perlindungan kepada bayi dalam kandungan daripada terkena influenza

Harini sy sakit perut. Ubat apa sy bolh makan. Rasa senak mcm angin di perut. Skrg dh 27 week.

Dalam kandungan 32week,adakah mempunyai apa2 risiko untuk ibu hamil mendapatkan vaksin ini?

Assalamualaikum.. dr, nak tanya kalau gula sebelah pagi 5.8, mmg wajib nak insulin sampai bersalin ka?

5y ago

Soalan takde kena mengena dengan influenza sis

Anak Dan Ibu boleh Tak berkongsi minuman yg sama. Sdgkn ibu batuk Dan selsema / terkene influ A?

5y ago

Ya betul, kerana virus influenza boleh merebak melalui sentuhan dan titisan air liur. Elakkan berkongsi minuman atau makanan dengan anak, sekiranya ibu menghidap influenza

Anak saya baru usia 3 bulan lebih. Dah 2 hari batuk dan selesema. Perlu ke saya terus ke hospital?

Salam Dr. Mcm mne ye anak saya tak selsema tpi bila brnfas bunyi dadanye brkahak..

Hai.. Ank saya demam on off.. Dan ada cecair tahi mata di mata.. Adakah itu tnda influenza?