Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Dr, sy nak tanya.. virus influenza A tu masih boleh rawatkan..? Tapi virus terbaru dari China macam mana pulak? Akan berjangkit kepada baby jugak ke? Sebab tengok macam virus dari China tu lagi bahaya dari virus influenza.. mohon pencerahan.. terima kasih

VIP Member

Assalamualaikum doc, ank sy 7bln, girl, 3ari ni batuk n selsema, jangkitan dr abgnya(9thn), sy x bg pe3 ubt, hanya susukn bdn(tp krg susu), sy risau keadaann bby, x selesa, nangis, pelukah sy dptn rawatn di klinik@de cara lain utk hlgkn btuk selsemanya?

Salam doktor, kandungan sy dh msk 2nd trimester. Sy mengalami selsema selama hampir 3 minggu dan adakala batuk. N lately lelehan hidung sy keluar darah, begitu gak kadang2 muntah keluar darah. Sy x demam panas yg teruk cuma kadang2 muntah sakit kepala tp xberpanjangan.

5y ago

Lebih elok berjumpa doktor di hospital untuk mendapat pemeriksaan, ujian dan rawatan lanjut. Kemungkinan anda mendapat jangkitan kuman yang perlu rawatan dari hospital

VIP Member

Hi, assalammualaikum doctor. Boleh tahu berapa lama lendiran yang menyebabkan nafas bayi yang baru lahir berbunyi akan hilang?? Adakan lendiran itu disebabkan daripada tidak disedut dengan betul sejurus selepas kelahiran?? Terima kasih.

5y ago

Bunyi lendiran di dalam paru-paru bayi adalah normal, sekiranya beliau tetap aktif seperti biasa dan boleh makan dan minum seperti biasa. Bunyi lendiran ini akan hilang sendiri ketika bayi sudah boleh duduk, kebiasaannya sekitar umur 5-6 bulan. Tetapi jika bayi anda mengalami demam, batuk, selsema, lemah dan tidak aktif, serta tidak mahu makan dan minum, perlulah dibawa berjumpa doktor

salam dr.. saya nak tanya, skrg sy pregnnt 3 bulan ++, adakah pada masa ini hormon akn byk berubah? cnth nya seperti skrg sy kerap mengalami kegatalan di bahagian kaki bawa ke peha dr.. bole bg pencerahan sedikit x dr? adakah sy perlu ambil langkah seterusnya?

5y ago

Apa kaitan dengan influenza, takde kena mengena macam mana admin nak jawab

Salam doctor , saya nak tanya , Chinese New year ni family nak p jalan2 . Saya risau keadaan sesak dengan orang ramai lagi2 sekarang tengah menular penyakit influenza ni .Patut ke saya mengambil vaksin ni sbb kandungan saya dlm second trimester .

5y ago

Terima kasih doktor ❤️

Adakah ibu mengandung dibolehkan utk mengambil vaksin INFLUENZA A ini..? Sy bimbang kerana sy sedang mengandung 4bln dan sy juga penghidap asthma kronik.. (23/1/2020-Khamis-11:11pm).. Ibu hamil (32thn)..

Assalamualaikum doc.sekarang sye tgh pregy 35 weeks... Nak tanya saya sekarang demam .tak pening dan tak muntah cuma batuk dan selsema.... Ada kah itu ada kaitan dengan influenza? Terima kasih..

5y ago

Demam, bersin dan batuk adalah antara petanda penyakit influenza. Lebih baik berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan, sekiranya anda disahkan menghidap influenza

Selamat petang doktor. Akhir-akhir ini banyak yg memperkatakan tentang influenza. Soalan saya, apakah kesan langsung influenza terhadap ibu hamil dan perkembangan bayi dlm kandungan dan selepas kelahiran? Tq doktor

Salam doctor sekarang ni sy tngh dmam sakit kepala teramat,batuk,mntah,selsema..dah 2 hari ..adakah ini disebabkn virus..kepala saya sangat sakit..kdg kaki sejuk bdan panas sngt..sy da 19 weeks..bahaya tak untuk baby

5y ago

Saya xboleh nk gerak langsung sakit kepala teramat dengan pedih tekak ketika batuk..dlu sy prnh msok wad sb demam jgk..skrg ni sy dmam plk