Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai INFLUENZA! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan virus ini sedang merebak dan banyak diperkatakan oleh orang ramai. Dr Nurul Yaqeen ialah Pakar Perunding Perubatan yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada 10 pagi Jumaat, 24 Januari 2020. Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan Influenza.

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa (Perunding Perubatan Paru-Paru (Respiratori)
81 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi, assalammualaikum doctor. Boleh tahu berapa lama lendiran yang menyebabkan nafas bayi yang baru lahir berbunyi akan hilang?? Adakan lendiran itu disebabkan daripada tidak disedut dengan betul sejurus selepas kelahiran?? Terima kasih.

6y ago

Bunyi lendiran di dalam paru-paru bayi adalah normal, sekiranya beliau tetap aktif seperti biasa dan boleh makan dan minum seperti biasa. Bunyi lendiran ini akan hilang sendiri ketika bayi sudah boleh duduk, kebiasaannya sekitar umur 5-6 bulan. Tetapi jika bayi anda mengalami demam, batuk, selsema, lemah dan tidak aktif, serta tidak mahu makan dan minum, perlulah dibawa berjumpa doktor