Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Perkembangan Awal Psikologikal Kanak-Kanak & Bayi kepada salah seorang Ahli Psikologi kami. Khor Mei Mei merupakan Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Psikologi kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Sabtu 11 April 2020, pada jam 3 hingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Perkembangan Awal Kanak-Kanak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.
58 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai doc... Anak saya baru masuk umur 7 bulan... Adakah normal pada usia ini bayi cepat memberontak... Dia pukul² badan & hentak kaki (ketika baring)... Boleh tak doc bagi pencerahan tanda² awal anak autism dan pada usia berapa tanda² autism dapat dikesan... Terima kasih

6y ago

Hi Leen. Kelakuan anak puan kemungkinan adalah normal. Berdasarkan umurnya, dia masih lagi belajar utk mengekspresikan emosinya dgn percakapan yg terhad. Puan perlu bersabar dengannya Kanak-kanak yang mengalami autisme menunjukkan kesukaran untuk berkomunikasi dan memahami komunikasi bukan lisan seperti ekspresi wajah individu. Mereka juga sukar memulakan dan mengekalkan interaksi sosial dengan orang di sekeliling.