Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Perkembangan Awal Psikologikal Kanak-Kanak & Bayi kepada salah seorang Ahli Psikologi kami. Khor Mei Mei merupakan Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Psikologi kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Sabtu 11 April 2020, pada jam 3 hingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Perkembangan Awal Kanak-Kanak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.
58 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi, doctor.. macam mana nk menggalakkan Anak berjalan dan bercakap? Dah setahun tetapi Masih belum berjalan. TIA

6y ago

Hi. Anda boleh cuba bagi push toy atau walking assistant utk menggalak anak anda berjalan. Anak anda juga perlu terus berlatih aktiviti itu. Anda juga boleh memegang kedua-dua tangannya semasa berjalan di belakang dia. Utk bercakap - perhatikan adakah anak anda sedang menggunakan "nonverbal gestures” (seperti menunjuk dgn jari, mengangguk) untuk berkomunikasi. Kalau anak anda tidak menggunakan nonverbal gestures, dia dinasihatkan jumpa ahli psikologi utk konsulten. Kalau anak anda ada menggunakan nonverbal gestures, cuba mula menandakan kata-kata utk anak anda supaya dia dapat meniru untuk bercakap.