Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Perkembangan Awal Psikologikal Kanak-Kanak & Bayi kepada salah seorang Ahli Psikologi kami. Khor Mei Mei merupakan Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Psikologi kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Sabtu 11 April 2020, pada jam 3 hingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Perkembangan Awal Kanak-Kanak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.
58 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Is it normal bagi toddler umur 2 tahun 6bulan tak reti duduk diam? Suka memukul? Dan paling suka buat sepah? 😫 Mummy suruh kemas semula dia sengih2 ckap "no". Susahnyaaa nak disiplin kan si kecil ni. Mcm mana nak buat ni 🤔 saya sedang pregnant nearly 3 months, sangat mudah letih lagi2 si nakal berakal ni tunjuk tantrum 😳😳

Baca lagi
6y ago

Hi Ara Sofi. Pada umur ini, ia adalah biasa untuk budak suka bergerak-geri. Jika boleh, bagilah dia peluang untuk berlari, menari, bermain atau mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif dan cergas. Penyertaan dalam aktiviti2 macam ini boleh menggunakan banyak tenaga, jadi kanak2 mungkin akan lebih fokus dan rela bekerjasama.