Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Perkembangan Awal Psikologikal Kanak-Kanak & Bayi kepada salah seorang Ahli Psikologi kami. Khor Mei Mei merupakan Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Psikologi kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Sabtu 11 April 2020, pada jam 3 hingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Perkembangan Awal Kanak-Kanak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.
58 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hello doctor, anak saya berusia 2 tahun 5 bulan. Belum dihantar ke tadika. Dia memahami arahan sy dan suami tetapi dia kurang bercakap menggunakan ayat yg sempurna. Dia minat membaca buku & mengenali binatang serta warna. Cuma anak saya tidak menyebut semua perkataan yg dia tahu. Adakah perkembangannya normal?

Baca lagi
6y ago

Hello. Proses perkembangan anak anda adalah normal. Kerana dia boleh berbicara dlm ayat yg mudah. Dia cuma boleh menggunakan ayat yg kompleks dan sesuai pada umur 5 tahun