Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai menyusu! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan berkaitan dengan menyusu. Breastfeeding Counselor Networking Program (BCNP) adalah jaringan kaunselor yang terlatih dan pakar tentang isu-isu penyusuan. Setiap ibu yang memerlukan bantuan penyusuan atau lawatan kaunselor boleh mendaftar diri di www.permatasusuan.com dan BCNP akan menugaskan kaunselor yang terdekat untuk membantu anda. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 6 Disember 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan!

Sesi Tanya Pakar bersama Breastfeeding Counselor Networking Program
41 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Boleh ke minum susu kambing waktu menyusu anak? Org kata panas. Tp ada yg kata elok.

6y ago

Assalamualaikum Puan Erna Izana. Tahniah kerana menyusukan anak puan dengan susu ibu.Jika puan tiada alahan kepada susu tersebut. Tiada istilah makanan atau minuman itu 'panas' atau 'sejuk'. Jika ibu minum dan bayi jadi colic atau kembung, maka bayi mungkin tak boleh terima susu ibu yang mengandungi sedikit bahan2 dalan susu kambing yg ibu minum. Boleh cuba sedikit dahulu. Kemudian perhatikan sebarang perubahan pada bayi puan.Selain pengambilan susu, ibu yang menyusu juga perlu ambil makanan seimbang. Elpeni Ramli Kaunselor Laktasi